Loading...
Pendaftaran pelajar ke IPGM mendukacitakan
Minggu ini bermula daripada 24hb Jun 2013 adalah minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru lepasan SPM 2012 ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Apa yang menyedihkan ialah bilangan pelajar yang mendaftar turun dengan mendadak di kebanyakan IPG Kampus. Sebagai bukti hanya 25 orang pelajar daripada 60 orang yang dipanggil mendaftar di salah sebuah IPG. Ini bermakna hanya 7-8 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.
Kenapa ini berlaku?
Umum sudah mengetahui bahawa pelajar-pelajar IPG dikatakan tiada lagi jaminan kerja pada masa hadapan. Maklumat-maklumat ini disalurkan oleh pegawai dari IPGM sendiri kepada umum. Mereka kononnya perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS lain dalam pasaran terbuka. Untuk mendapatkan pekerjaan mereka perlu mendaftarkan diri dalam Job Malaysia dan berbagai lagi ancaman terdedah ke atas mereka. Fenomena ini sudah pasti menjadi kerisauan kepada ibubapa dan pelajar itu sendiri. Kenapa mereka perlu melabur dalam satu urusniaga yang tidak menjanjikan pulangan yang diharapkan? Kenapa mereka perlu bersusah payah memenuhkan IPGM yang tidak memberikan keyakinan terhadap peluang kerjaya? Sebagai ibubapa saya akan pastikan anak saya yang cemerlang tidak memohon IPGM jika benar apa yang sedang berlaku.
Lebih melucukan lagi apabila syarat kemasukan ke IPGM sangatlah ketat. Hanya pelajar yang mendapat 7A ke atas sahaja layak memohon. Manakala pelajar yang tidak sampai ke tahap itu hanya gigit jari dan meleleh air liur. Siapa yang merangka syarat-syarat sebegini rupa? Mereka adalah pegawai-pegawai di IPGM yang merasakan diri mereka orang-orang yang cerdik dan berpengalaman dalam pendidikan kononnya. Sebenarnya pegawai-pegawai ini adalah mereka yang tamak, gelojoh dan pendek akal atau kurang cerdik. Mereka lupa siapa diri mereka yang sebenarnya.
Kenapa dikatakan begitu kepada mereka?
Bagaimana mereka boleh meletakkan syarat “straight A” atau sekurang-kurangnya 7A hanya layak memohon. Sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal menjanjikan kerjaya kepada produk mereka? Inilah yang sangat melucukan dan melambangkan kelembapan tahap pemikiran pegawai-pegawai pembuat dasar ini. Bagaimana mereka menilai kemampuan pelajar-pelajar ini? Apakah statusnya sama dengan kelulusan pangkat 3 SPM pada zaman mereka dahulu?
Pelajar-pelajar yang cerdik dan cemerlang sudah pasti tidak akan terpanggil untuk ke IPGM. Banyak lagi kerjaya lain yang lebih menarik dan glamor berbanding dengan perguruan. Kenapa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan peluang untuk mencapai sesuatu yang tidak berdaya saing dan tidak menjanjikan masa depan yang lebih yakin? Inilah sebab utama kenapa pendaftaran pelajar ke IPGM merudum. Ia juga satu jawapan istimewa bagi para pembuat dasar di Kementerian Pelajaran dan IPGM khususnya. Akhirnya IPGM hanya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar kelas ketiga iaitu mereka yang tidak ada peluang ke mana-mana sama seperti yang berlaku sebelum ini. Wal asal balik asal….
Nukilan:Bapa Guru, Pulau Pinang.,
p/s Apa Komen Anda?

1 Ulasan
setau saya semua ni salah pemimpin atasan kerajaan malaysia yang tidak mampu atau kedekut nak menggaji guru2 kerana pada perasaan mereka guru dah banyak di malaysia, sedangkan hakikatnya pelajar lebih ramai dari guru.guru2 yang letih(ingat senang ke kerja guru-nampak je macam mudah) bekerja sehari suntuk dengan pelbagai program aktiviti, terpaksa mengajar dalam keadaan lesu dan tertekan. hasilnya tentu sangat kurang produktif, itulah realiti sistem pendidikan di malaysia yang sangat menekankan pendidikan berdasarkan copy semata2 dari buku teks dan exam semata2, hingga kedudukan sistem pendidikan kita duduk jauh tercorot di belakang negara vietnam. projek2 mega begitu diambil berat manakala pembangunan sistem pendidikan malaysia dibuat seperti mestim uji, sekejap uji sistem itu sekejap uji sistem lain sehingga para pelajar dan guru dah jadi macam orang bengong? bertuah sungguh para pemimpin malaysia mendapat rakyat malaysia yang sungguh sabar dan baik hati melayan kerenah mereka semua
BalasPadamjerit kat sini