Oh...Papa Gomo Dan Blog Barunya!



                                   

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum kepada pembaca yang telah sampai kepada blog saya ini. Hari ini 24 hb Mei 2013 saya telah membina sebuah laman blog atas dengan nama Sir Azri. Laman blog pertama saya ini dibina atas faktor keterujaan saya untuk bersama orang orang Melayu yang cintakan dan sayangkan tanah air ini. Sebelum saya melangkah untuk menghasilkan artikel artikel melalui blog ini adalah lebih baik sekiranya saya menjelaskan sedikit latar belakang saya kepada semua pembaca.

Nama saya Wan Muhammad Azri dan merupakan anak Melayu yang lahir di Pasir Puteh Kelantan dan membesar di Johor Bahru. Saya sudah berkahwin dan setakat ini mempunyai dua orang puteri. Saya merupakan Ketua Eksekutif Syarikat KL POS MEDIA & PRODUCTION SDN BHD yang menjalankan urusan perniagaan Media dan Production. Pendidikan saya hanyalah setakat SPM namun waktu ini saya sedang mengikuti pembelajaran jarak jauh untuk memperkasakan diri saya sebagai anak Melayu yang berilmu.

Alamat blog ini 
www.malayright.blogspot.com mungkin akan membuatkan ada pihak yang tidak senang. Namun apa yang saya nak jelaskan disini adalah kebebasan bersuara yang ada di Malaysia ini wajar untuk diterjemahkan melalui apa cara sekalipun. Hak Melayu itu menjadi keutamaan saya dalam berblog ini kerana saya perhatikan ramai orang Melayu yang ada hari ini sudah lupa dengan jati diri mereka sebagai orang Melayu.

Melayu itu indah dan besar rahmatnya, pendek kata jika diulang ulang persekitaran dunia ini hanya di Malaysia sahaja yang ada orang Melayu. Ditempat lain juga ada tetapi tidak sekuat ataupun segagah Melayu di Malaysia ini.

Dalam kita bercakap soal Hak Melayu saya juga tidak menafikan hak kaum lain yang ada di Malaysia ini. Kita hidup satu rumpun dan sudah pasti ada perkiraan dan tolak ansur yang kita lakukan dalam mencapai negara maju. Namun kaum lain juga harus belajar Hak Melayu itu yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia untuk membuang sikap iri hati dan dengki dengan apa yang diraih oleh orang Melayu.

Orang Melayu juga harus pandang jauh dalam konteks "Hak Melayu". Jauh pandangan biar sampai ke Amerika kerana waktu ini ada jenis jenis Melayu yang mahukan Hak Melayu itu diberi sama rata kepada kaum lain. Mungkin Melayu itu tidak diberi pengetahuan tentang apa itu Hak Melayu jadi saya faham dan kita perlu jelaskan kepada orang Melayu apa itu Hak Melayu kerana Malaysia ini bukannya Amerika yang mengalu alukan kedatangan warga asing untuk menjadi warganegara mereka.

Blog ini juga tidak bercakap soal Melayu semata mata, akan ada elemen elemen lain yang dilakukan bagi menjelaskan dan meluahkan isi hati yang terpendam agar dapat dikongsikan bersama semua. Politik, Umum barangkali menjadi kesukaan saya dalam hal ini dan semoga Blog yang saya bina ini dihargai kerativitinya dalam menghasilkan bahan bacaan untuk semua.

Salam perjuangan buat semua.... : )


P/s  akak cuba bukak link blog baru beliau,tapi remove lagi??Apa dah jadi ni Papa??

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!