Akar Buluh Ini Berwajah Manusia

HANOI - Selama tujuh tahun terakhir, seniman asal Vietnam, Huynh Phuong Do, telah mengukir beberapa tokoh sejarah pada akar buluh. Hasil karyanya ini membuatnya menjadi popular di Vietnam. Phuong Do telah mengukir di kayu sejak berusia 15 tahun. Ketika dia tinggal di Hoi An, Vietnam, Phuong sangat dikenali sebagai "Vietnam Bamboo Village".


Karya-karyanya yang unik ini terispirasi ketika tujuh tahun silam, saat banjir di hulu Sungai Thu Bon membawa beberapa akar buluh sampai ke depan rumahnya. 

Kemudian dia mengambil beberapa akar buluh dan mengukirnya menjadi sebuah patung. Demikian dilansir Oddity Central , Sabtu (29/6/2013). 

Sejak saat itu akhirnya Phuong Do mempunyai showroom patung sendiri dan karya-karyanya boleh didapati di lebih dari 20 kedai souvenir di bandar Hoi An, Vietnam.

 Dia menghabiskan seluruh hari-harinya untuk mengukir akar bamboo dan membuatnya seperti wajah manusia. Phuong Do membuat ukiran pada akar buluh sebanyak 200 dan 300 buah per bulan untuk memenuhi permintaan daripada pelancong. 

Selain tokoh-tokoh terkenal seperti Bodhidharma, Lohan, Guan Yu atau Zhang Fei, pengukir berbakat ini juga mampu mengukir wajah pembelinya pada akar buluh tersebut. ( faj)

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!