Loading...
Adakah suami benar atau saya perlu mengubah mengikut caranya? Inilah persoalan yang bermain di minda saya
Untuk makluman, sejak habis sekolah, di awal usia 20 tahun, saya bekerja dan memiliki gaji yang agak lumayan. Lebih dari cukup untuk saya seorang malah saya juga menyimpan 20 peratus daripada gaji.
Namun selepas berumah tangga sejak enam bulan yang lalu, suami cuba menukar gaya hidup dan perbelanjaan yang sudah terbiasa ketika bujang sekali gus ia mendatangkan dilema dalam hubungan kami. Biasanya daripada gaji diperoleh, saya peruntukkan RM300 sebulan untuk membeli buku dan majalah. Dua kali seminggu ke salon dengan kos RM400 sebulan.
Saya bebas menghadiri hi-tea, membeli pakaian, beg tangan, melancong ke luar negara saban tahun dan di akhir bulan, baki gaji masih bersisa antara RM200 ke RM250. Saya tidak punya kereta, hanya menaiki bas atau teksi. Saya juga pantang keluar rumah tanpa duit di tangan, paling kurang RM3000 di tangan (manalah tahu ada kawan ajak makan atau karaoke).
Perang besar berlaku antara kami suami isteri pada malam sebelum saya bertolak untuk melancong ke luar negara. Suami telah memasuki bilik ketika saya sedang berkemas. Dia telah melihat harga baju dalam yang saya beli mencecah RM300 sehelai dan beg tangan berharga ribuan ringgit. Keadaan ini menyebabkan dia terus memarahi saya dan mempersoalkan mengapa saya perlu membazir wang untuk semua itu.
Katanya tiada siapa yang mahu melihat baju yang dipakai di dalam dan dia menyuruh saya membeli baju dalam pada harga kurang RM10 sahaja di pasar raya murah. Sejak itu suami juga menyiasat harga baju dan skaf saya.
Katanya saya boros malah menyuruh saya membeli baju kurung pada harga RM70 sahaja, bukannya ribuan seperti sekarang. Semua barang keperluan saya yang beli sendiri dan bila suami menyekat, ia menjadi satu tekanan. Keadaan itu menyebabkan saya tidak berhubung dengannya sepanjang saya bercuti. Adakah salah saya berbelanja begitu dan salahkah jika saya membeli baju dalam pada harga RM300?
Jika saya mampu beli baju kurung pada harga RM1300, tidak logik jika baju dalamnya berharga RM8 sahaja? Saya terfi kir bagai mana kalau orang lain ternampak di ampaian baju atau seluar dalam yang murah harganya. Selain itu secara jujurnya, saya juga tidak selesa memakai baju dalam yang murah malah malu memakai pakaian yang bukan original.
Suami pula tidak kisah hal ini. Dia boleh memakai jam tangan pada harga RM50 asalkan waktunya betul. Keadaan ini menyebabkan saya pernah tertanya-tanya adakah kami tidak serasi kerana saya dan dia bintang berbeza.
Adakah cara saya salah dan suami yang betul? Adakah baju dalam pada harga RM300 itu mahal walhal gaji saya mencecah RM10,000 sebulan? Tidak patutkah saya berbelanja sedemikian? Bagi saya, apalah gunanya bekerja jika wang yang ada tidak dapat digunakan untuk membeli apa yang kita kehendaki. Logiknya, duit tak boleh dibawa masuk ke kubur.
Saya juga tidak mengabaikan tugas sebagai isteri malah setiap malam saya memasak selain melakukan pelbagai tugasan lain. Untuk makluman, suami anak orang berada dan usianya ketika ini hampir mencecah 50 tahun manakala saya baru di awal 30-an. Dia merupakan saudara saya, sungguh pun kacak tapi pada saya dia agak kedekut.
Semasa baru berkahwin banyak rungutan yang saya dengar daripada mulutnya termasuklah tentang hal yang remeh seperti harga kuih yang mahal. Di sebalik sikap kedekutnya itu, suami seorang yang bertanggungjawab, baik hati dan suka menolong .
Bila saya keluar dengan tak kira lelaki dia tidak kisah menjemputnya. Satu lagi perkara suami saya seorang yang suka duduk di rumah malah jam sembilan sudah tidur. Akan tetapi saya berasa tertekan dengan sikap suami yang melarang saya berbelanja mengikut cara saya. Saya tidak tahu bagaimana keadaan hidup saya jikalau terus dikongkong dan dilarang berbelanja terutama bab makan .
p/s pppsstt..besarnya lubang tekak!!

0 Ulasan
jerit kat sini