Loading...
"Sikit punya haru..." Tun Daim
Tu dia... Tun Daim Zainuddin sudah bersuara, malam tadi dalam ceramahnya di Putrajaya, beliau ulas semuanya, dari soal BN dan pembangkang, soal calon PAS Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang beliau kenal.
Kisah persahabatannya yang lebih lama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, sehinggalah soal gembar-gembur pembangkang kononnya di Parlimen Putrajaya, BN dah 'goyang'.
Ulasan Tun Daim, tajam menikam, walaupun jarang-jarang kita tengok beliau berceramah, beliau selalunya lebih suka menganalisis dalam diam saja.
Cuma akhir-akhir ini, boleh nampak Tun Daim mula all out sokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tokoh korporat yang dihormati dunia antarabangsa ini sejak dua bulan lalu beri interbiu kepada semua akhbar berbahasa Cina. Boleh kata setiap minggu ada satu akhbar akan dapat interbiu dengan beliu.
Semua disiarkan di muka depan akhbar masing-masing, kata-kata Tun Daim, orang Cina ambik pakai, ini kerana reputasi hebat Tun Daim sebagai ahli perniagaan selepas bersara dari politik.
Beliau memiliki saham majoriti dalam sebuah rangkaian bank antarabangsa yang berpusat di Afrika.
Ramai yang kata, antara keistimewaan Datuk Najib sebagai jeneral perang BN dalam PRU 13 ini adalah, beliau berjaya menghimpunkan tiga 'Tun' dibelakangnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Daim sendiri.
Malam Isnin, bertempat di PDM Presint 8, Putrajaya, Tun Daim turun padang berkempen untuk calon BN Parlimen Putrajaya Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurut beliau, penduduk Putrajaya perlu terus memilih Tengku Adnan sebagai ahli parlimen kawasan itu kerana beliau mampu untuk menyelesaikan masalah penduduk di situ.
"Tidak ada sebab untuk memilih calon lain. Tengku Adnan boleh menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya kerana dia Setiausaha Agung UMNO, sementara Perdana Menteri adalah Presiden UMNO. Maka mudah untuk Tengku Adnan menyelesaikan masalah."
"Saya kenal calon PAS, Datuk Husam Musa, namun antara Husam dan Tengku Adnan, saya pilih Tengku Adnan," kata beliau.
Tun Daim tidak ulas setara mana beliau kenal Husam, tapi menjadi pengetahuan umum, walaupun Tun Daim macam 'hilang' dari sorotan media, beliau selalu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak.
Selalunya diatur secara face to face, untuk beliau bertukar-tukar pandangan mengenai berbagai isu semasa.
Sebab itu ramalan beliau selalu diberi rating yang tinggi oleh kedua-dua pihak. Sebab ramai pemimpin tahu, 'diam-diam Daim' berisi.
Sebelum PRU12, beliau meramalkan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dalam bahaya kepada BN.
Kemudian terbukti telahannya benar.
Dalam ceramahnya, menurut Tun Daim, tidak ada kerajaan yang seratus peratus sempurana ini termasuk kerajaan pimpinan BN.
"Walaupun ada kesilapan akhirnya kerajaan pimpinan BN yang membawa keamanan, kemakmuran, kestabilan. Tanpa kestabilan tak ada orang datang melabur," kata beliau.
Katanya, pihak pembangkang ini banyak cerita. Masing-masing ada cerita dengan cara masing-masing.
"Saya dengan Anwar baik dan kenal lebih lama berbanding saya kenal Mahathir. Kalau Tun Mahathir kena tipu dengan Anwar, saya lagi lama kena tipu dengan dia.
"Anwar punya putar belit memang susah, mesti selalu waspada dengan Anwar.
"Dia janji macam-macam. Dialah pakar, jumpa orang Cina dia cerita mengenai kepentingan Cina. Jumpa orang Melayu dia cerita mengenai kepentingan Melayu. Paling banyak kena tipu ialah orang India macam di Pulau Pinang iaitu kes Kampung Buah Pala.
"Dia jumpa orang Kristian, kata tak apa bina geraja banyak, boleh guna Allah. Dia janji sahaja.
"Hadi cakap lain, Kit Siang cakap lain. Anwar cakap lain. Macam mana Pakatan hendak memerintah negara? Hanya melingkupkan negeri yang diperintah,"ujar beliau.
Tambahnya lagi, dalam pilihan raya mesti pilih calon yang baik. Jangan pilih yang menjahanamkan negeri.
"Tengok Kedah, macam Azizan (Abdul Razak) apa jadi? Dia sama dia bergaduh. Di Pulau Pinang, DAP nak membilang pun tak tahu, 2 campur 2 jadi 5. Susahlah nak memerintah negeri. Salahkan ROS, sehingga nak guna logo Pas. Kenapa tak guna PKR? Sebenarnya hanya nak mengelirukan orang Melayu.
"Dulu PAS boleh tahan, sekarang ini putar belit. Kita buat semua kafir. Dia buat tak apa. Sikit punya haru. Jangan terpengaruh dengan golongan ini.
"Tak ada kerajaan 100 peratus sempurana, walaupun ada kesilapan akhirnya BN yang bawak keamanan, kemakmuran, kestabilan. Tanpa kestabilan tak ada orang datang melabur."
"Anwar masa jadi penasihat Selangor, janji nak bawak pelaburan RM20 bilion, tapi sehingga kini kosong. Sibuk jadi penasihat ekonomi di Selangor sebab Selangor negeri maju. Kenapa tidak jadi penasihat ekonomi di negeri lain?
"Kita khuatir dengan Anwar, dia seorang 'kelakar'. Kes dengan Azizan (liwat pertama) didakwa konspirasi, dengan Saiful konspirasi. Mana kita ada masa nak buat konspirasi? Dia yang kuat konspirasi.
"Anwar ada penyakit. Orang berpenyakit kita patut hantar ke hospital."katanya.
Menurut Tun Daim, Tun Mahathir cukup sayang dengan dengan Anwar. Masa Anwar nak masuk UMNO, tak ada seorang pun suka dia. Tun Mahathir yang minta agar orang UMNO sokong Anwar.
"Dulu tiap-tiap petang datang minta tolong daripada saya, bila sudah pandai, dia mula menuduh saya. Saya sudah berhenti, saya duduk Amerika, dia tetap minta tolong.
"Anwar kuat penipu dari dulu hingga sekarang. Dia cerita apa yang dia hendak. Pemimpin macam ini tak boleb dipilih, hancur negeri. Pilih pemimpin yang boleh memperjuangkan negara."jelas beliau.
Tambah Tun Daim lagi, Anwar hanya mendapat taat setia daripada Wan Azizah sedangkan kawan-kawan dalam Pakatan tidak pernah percaya dia. Anwar dan Wan Azizah selalu bergaduh.
"Saya pun dapat surat dari Anwar. Panjang. Tapi surat tapi itu tak penting untuk didedahkan.
"Sebenarnya saya berkempen di Putrajaya dan Merbuk. Pada 2008 kita kalah teruk di Merbuk. Kalah bukan kerana Pakatan kuat tapi sebab UMNO lawan UNNO. Bersatu padu, keluar mengundi. Yang penting beri kepercayaan kepada Datuk Seri Najib.
"Kebanyakan di sini kakitangan kerajaan. Pakatan kata kakitangan kerajaan kera. Kalau kita tidak mempertahankan institusi kita, siapa yang nak pertahan. Anwar memburukan institusi kita, jangan percaya dia,"
"Dia nak demonstrasi jalanan. Ini cara dia bukan cara kita. Cara kira betulkan keadaan bukan berdemonstrasi. Dia nak bawak Arab Spring. Apa kena mengena Arab Spring dengan kita?"katanya.
Di akhir ucapan, Tun Daim berpesan mudah dan jelas, "Saya harap tuan-tuan keluar mengundi bagi BN terus menang. 5 haribulan jangan lupa mengundi Tengku Adnan,"
Ditemui wartawan kemudiannya, kata Tun Daim, ceramah besar-besaran yang dianjurkan pembangkang tidak diterjemahkan kepada sokongan.
Menurutnya, orang ramai yang menghadiri ceramah pembangkang hanya kerana ingin tahu, sambil menambah bahawa banyak yang hadir adalah orang luar.
"Ini adalah kempen psikologi ... mereka membawa masuk orang luar untuk menunjukkan bahawa terdapat sokongan tetapi anda tahu pengundi di sini (Putrajaya) hanya 15,000 ... mereka bukan pengundi.
"Mereka mahu mendengar, itu normal. Di mana-mana anda pergi, orang mahu mendengar, terutamanya apabila anda mengkritik kerajaan," kata Tun Daim.
PAS sebelum ini berkempen sakan kata Putrajaya dah goyang selepas beribu-ribu orang hadir dengar ceramah Muryidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lepas.
Kata Tun Daim berkata beliau yakin bahawa BN akan menang, sambil menambah bahawa ia tidak akan menjadi masalah jika jentera parti itu kuat dan tidak ada unsur sabotaj.
Ditanya sama ada beliau bimbang generasi muda yang terpengaruh oleh angin perubahan, sentimen yang dimainkan oleh pembangkang, Tun Daim berkata generasi muda adalah neutral.
"Berdasarkan maklum balas, generasi muda tidak suka kedua-dua (BN dan Pakatan Rakyat), maka mereka akan kekal neutral. Mereka tidak berpuas hati dengan Barisan, dan lebih teruk tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat," katanya.
Menurut beliau, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk memujuk pengundi atas pagar, sambil menambah ia adalah hak mereka untuk mengundi.
"Tetapi sudah tentu kita akan menggalakkan mereka untuk mengundi kerana itulah tanggungjawab sebagai seorang warganegara tetapi jika mereka tidak mahu, tiada apa yang boleh kita lakukan," katanya.
-29/4/2013 OLEH HELME HANAFI
p/s aik...nampak cam Kak Wan ngan bang Nuar romantik sangat,hhmm...tapi kita tak tahu bagaimana dalaman r/tangga mereka kan,yg hanya kita nampak hanya luaran...orng kata gigi dan lidah lagikan tergigit...apatah lagi suami isteri kan...
sumber:Agendadaily

5 Ulasan
macam mana x bergadoh yang bukan2 dia minta (udah terkeluar garis panduan) kata orang bukan seksi tapi seksa. ...
BalasPadam@ROSLI ALI
BalasPadamye la dah laki bini mana ada x bergaduh...cuma besar kecik je,kalau kata x pernah bergaduh..tipu sangat le tu
yang kaki penipu adalah tundaim zainuddin dan pemimpin2 bn yang lain, dulu janji manis macam2 nak kurangkan harga lepas pru13 dapat mandat terus tunjuk belang naik macam2 harga barang. dah nyanyuk sangat ke rakyat malaysia ni???
BalasPadamSy brharap.. kebenaran akan trbongkang depan mata semua..
BalasPadamdan sy rasa he is right..sy rasa je lah.
Sy cuma harap kebenaran akan trbongkang depan mata..
BalasPadambiasanya, org yg paling 'teriak' tu yg salah.. nk sembunyikan salah dia dan nk bgtau dia betul..
bila mata dibutakan dgn nafsu. Tunjuk apa saja, x guna.taksub.
p/s :deep inside.i feel government is right eventhough they have many weaknesses.
Entahlah siapa tu kann..
jerit kat sini