KERANA KAHWIN PAKSA,TAK PASAL-PASAL KENA KAPAK

KERANA KAHWIN PAKSA,TAK PASAL-PASAL KENA KAPAK

Loading...
KABUL - Akibat melarikan diri daripada perkahwinan paksa, seorang wanita Pakistan dikapak sebanyak 15 kali oleh abang kandung sebagai hukuman yang digelar pembunuhan kehormat.

                    
Sebahagian otak Meena hancur akibat ditetak abang kandung dengan kapak.

Dipetik CNN, Gul Meena, 17, bagaimanapun masih hidup selepas insiden pada pertengahan 2008 yang turut mengorbankan teman lelakinya.

Menurut Pengarah Eksekutif Kebajikan Kabul, Manizha Naderi, wanita itu kini tidak mampu untuk menyuap makanan sendiri dan terpaksa memakai lampin kerana kecederaan otak.

"Meena dipaksa berkahwin pada umur 12 tahun dengan seorang warga emas berumur 60 tahun sepanjang perkahwinan, dia dipukul," katanya.

Jelas Naderi, Meena turut dipukul oleh ibu bapanya selepas mengadu tindakan suaminya itu.

Pada November lalu, Meena bertindak melarikan diri bersama kekasihnya sebelum ditemui oleh abang kandung Meena di Jalalabad, Aghanistan, lima tahun kemudian.

"Mereka dikapak dan sebahagian otak Meena hancur," kata Naderi.

Setakat ini, seramai 14 wanita Afghanistan berlindung di pusat perlindungan kerana dibuang keluarga.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Zalimnya ya Allah.. Rasanya sehingga hari ini mereka sebegitu

    BalasPadam
  2. @Mak Wardah
    benar tu,tak habis seksa kaum pompuan,apa pekdah tak tahu laa

    BalasPadam

jerit kat sini