Hotel Cinderella ,Letaknya ditingkat atas Cinderella Castle

Hotel Cinderella ,Letaknya ditingkat atas Cinderella Castle

Loading...
                        
Adapun kemudahan istimewa di "hotel Cinderella" ini terdiri dari sebuah bilik tidur utama serta bilik mandi peribadi dengan lantai keramik mewah. Di beberapa bahagian lantainya kelihatan lantai mozek bermotif labu yang terukir daripada 30,000 keramik Itali.

Selamat datang di hotel sangat eksklusif ini, yang walaupun dengan wang atau emas pun anda tidak boleh menginap di dalamnya. Ya, kecuali anda seorang tetamu yang beruntung kerana terpilih secara rawak untuk menikmati bilik-bilik mewah hotel ini.

                             

Bilik spesial ini berkubu di tingkat atas Istana Cinderella (Cinderella Castle), Walt Disney World, Lake Buena Vista, Florida, Amerika Syarikat. Awalnya, bilik ini dijadikan sebagai pangsapuri untuk keluarga besar Walt Disney ketika tengah bercuti di Florida. Malangnya, pada 1966, Walt lebih dulu meninggal dan rencana itu terbengkalai hingga 30 tahun lamanya.

Pada 2005, bilik tersebut benar-benar telah selesai dilengkapi pelbagai kemudahan penginapan dan sebuah bilik tidur kerajaan. Bilik tidur istimewa ini boleh menampung sehingga enam orang.

Lalu, apa yang membuatnya istimewa?

"Wang tidak boleh membeli pengalaman ini. Emas pun tidak boleh membelinya. Anda tidak boleh menempah bilik dan menginap di sini. Anda hanya perlu menang," ujar seorang pemandu kepada ABC .

Selama tempoh "The Year of a Million Dreams" pada 2007-2008, setiap satu malam dihadiahkan kepada setiap keluarga yang memenangi grand prize menginap di dalamnya. Hal ini berlangsung sebagai penghargaan pertandingan Disney Sweepstakes.

Selebriti beruntung

Beberapa selebriti pun ada yang beruntung boleh menginap di dalamnya. Kevin and Danielle Jonas tercatat pernah menginap di sini sebagai hadiah ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Sementara Tom Cruise pernah mengajak anak perempuannya, Suri, menginap di sini pada musim panas tahun lalu.

Adapun kemudahan istimewa di "hotel Cinderella" ini terdiri dari sebuah bilik tidur utama serta bilik mandi peribadi dengan lantai keramik mewah. Di beberapa bahagian lantainya kelihatan lantai mozaik bermotif labu yang terukir daripada 30,000 keramik Itali.

Sebetulnya, bilik istimewa ini tidak terlalu luas, tetapi di dalamnya tersedia dua tempat tidur ukuran besar serta dua buah sofa yang saling bersebelahan. Baik bilik tidur maupun ruangan bersantai di sini dihias bergaya zaman Louies, penguasa Perancis, sebagai tempoh yang inspirasi lahirnya istana dan kisah Cinderella ini.

Sementara itu, sebuah lif di dalamnya akan memandu anda menuju serambi yang akan semakin mengingatkan pada kisah dongeng Sandal Kaca, mahkota kerajaan Cinderella, serta beberapa koleksi khas "sang putri" itu.

                             

                            

                             

                                                salah satu bilik tidur di Hotel Cinderella


                             


Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini