Bila Akak DiBalik Pintu Marah

Bila Akak DiBalik Pintu Marah

Loading...
Antara soalan yang biasanya diajukan berkenaan pasangannya jika seseorang tu baru berkahwin ataupun baru dapat pakwe/awek baru ialah "Cun tak?". "Hensem tak?".

Cun ke tak bini dia? Perlukah tanya soalan bini dia cun ke tak? Kalau memang cun, boleh la aku jawab dengan jujur. Tapi, kalau bini dia muka tak seberapa, takkan aku nak straight to da point cakap dia huduh? Bukankah aku dah dikira menghina ciptaan Allah?


                              
Agaknya dah jadi lumrah antara kita suka bertanya dan membandingkan pasangan seseorang. Antara contoh-contoh lain..

1. Kenapa suami hensem, isteri tak lawa? Kenapa isteri lawa, suami huduh?


2. Lelaki tinggi macam galah, kenapa pilih bini yang pendek macam ayam katik? Bini tinggi, kenapa pilih lelaki yang lebih rendah dari dia?


3. Macamana lelaki yang tough macam tu boleh suka pompuan kolestrol macam dia? Pompuan tu body cantik, tapi kenapa pilih lelaki gemuk macam badak air?


4. Anak dara kahwin dengan duda tua bangka? Eurghhh.. Anak teruna kahwin dengan janda anak 18? Eurghhh jugakkk.


5. Suami hitam macam b****t belanga. Macam manalah bini dia yang putih melepak tu boleh berkenan.


6. Suami alim, isteri tak senonoh. Isteri ustazah, tapi suami kaki betina.


7.Aku lawa,kurus,bukan macam ko....
yang pasti ayat yang kluor dari mulut dia macam ni..."Lain kali kecikkan sket badan tu!!!!"

Wah....mentang2lah body awak melentik macam Ziana Zain...ngata ornag macam2...
Insaflahh....kita makhluk Allah..

Dan macam-macam lagilah yang kita biasa dengar berkenaan perbandingan pasangan yang dianggap enggak cocok ni. Sehingga timbullah pelbagai andaian buruk. Kononnya kahwin sebab nak kikis harta semata-mata, kena calit minyak senyonyong, pakai bomoh dan lain-lain lagi.

Perlu diingat, citarasa dan pemikiran manusia ni tak sama. Mungkin yang alim nak bimbing pasangannya yang kurang baik tu. Mungkin dia bukan terpikat pada rupa paras, tapi pada akhlaknya, Terpikat pada budi, bukan body. Mungkin dia suka yang badan gemuk sebab sedap nak peluk. Suka pasangan yang tua maybe sebab dia lebih matang dan penuh pengalaman. Suka yang kecik genit mungkin sebab senang nak dukung atau lambung. Owh yeahhh.. Hodoh di mata kita, tapi cantik di mata pasangannya.

Nampak tak permainannya di situ? Nafsu masing-masing la kan. Dia punya teman sekatil, lantak dia la nak yang macam mana pun. Siapa kita nak pertikaikannya? Itupun jika kahwin berkiblatkan nafsu la. Yang selalu timbulkan perbandingan macam tu, kahwin sebab nafsu semata ler  ttewww..

Senang cerita, dah tertulis tu jodoh dia. Allah dah tentukan sejak azali. Kita tak payahla nak komplen. Dah jadi mengumpat dan fitnah pulak. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan itu. Bukannya menjadi juri mengkritik pasangan orang lain.


**Kecantikan dunia ni tak kekal. Selak kulit muka, nampak tengkorak jugak. Lawa kat dunia ni, kalau masuk neraka, huduh jugak. Kalau kat dunia ni muka korang buruk macam mana sekalipun, masuk syurga nanti, kompom hensem lawa tak hingat punya. Orang lelaki ni kena kejar bidadari kat syurga sana. Yang pompuan pulak kena berusaha jadi ketua bidadari kat syurga nanti.

Kan aku dah kata,bila aku baik,aku boleh jadi sebaik2 umat,bila aku marah aku boleh jadi sejahat2 manusia.

Dah la...aku dah mula bosan...


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. hahaha terserlah kegarangan akak meskipun dibalik pintu!!

    BalasPadam
  2. @itu Akhil
    bila kesabaran tercabar,parang pun akak pernah kluorkan...kira garang la..pernah akak kluorkan pisau siang ayam bila anak akak x hafal sifir..

    BalasPadam
  3. @Fendy
    banyak happen happen la Fendy...ayooo...I marah..I marah...!!

    BalasPadam
  4. Garang jugak akak ni yea..eh x brni komen panjang2 nanti x pasal2 kena sembur hehe..jgn marah yea akak..gurau jer..B-)

    BalasPadam
  5. @Mak Wardahbila tahap kesabaran dah mula hilang,mcm2 boleh jadi

    BalasPadam

jerit kat sini