Loading...
Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.
Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.
Makanya ada yang ‘tak sampai’ dan sukar dihayati kalau dibandingkan dapat duduk mengadapnya untuk mendengar sendiri.
Tanpa disedari sudah lima tahun lamanya waktu berlalu sejak kali terakhir Agendadaily mengadakan interbiu dengannya.Waktu itu beliau masih lagi bersemangat waja dalam Parti Keadilan Nasional (KeAdilan).
Cerita tentang Ezam yang kini berstatus YB Senator masuk UMNO pada 28 Mei 2008 bukan lagi ikut istilah wartawan ‘satu berita’.
Namun dari tinjauan rambang Agendadaily sehingga ke hari ini ada yang masih samar kenapa beliau mengambil langkah besar itu setelah dua tahun sebelum itu meninggalkan KeAdilan yakni PKR yang dulunya yang beliau sama-sama bina dalam gerakan untuk membebaskan Anwar dari penjara.
Berbanding dengan pimpinan PKR lain,beliaulah yang paling banyak menanggung azab sengsara – masuk keluar penjara dan kena ISA semata-mata kerana Anwar.
Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara.
Dalam interbiu itu dengan Agendadaily tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."
Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.
Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?
Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.
Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.
Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.
Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.
Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.
Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.
Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.
Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.
Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.
Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.
Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.
Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.
Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.
Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.
Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.
Menurut Ezam beliau mengambil masa sekitar enam bulan check sana check sini selepas keraguan itu berbangkit tentang Anwar ekoran panggilan telefon dari Wan Azizah.
Ditanya apakah buktinya tentang perbualan telefon itu,Ezam berkata beliau sedia mencabar Wan Azizah bersumpah untuk menafikannya.
Akhirnya setelah bersemuka dengan beberapa semua sumber yang layak dipercayai untuk check termasuk yang masih aktif dalam PKR ‘tentang keraguannya’ itu beliau mengambil keputusan keluar PKR dan menyepikan diri.
Ezam memetik seorang yang cukup rapat dengan keluarga Anwar sampai ke hari ini sebagai berkata dia tahu tentang ‘ perangai Anwar ‘ .
Namun kata orang itu dia masih lagi bersama PKR kerana ‘ saya kesian pada Kak Wan.’
Kata Ezam beliau terasa sangat kecewa dan malu kerana ‘itulah rupanya’ orang yang beliau pertahankan bermatian-matian selama ini.
Menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan,Ezam menceritakan beberapa insiden secara off the record .
Ini termasuk kisah cubaanya nak buat satu deal dalam usaha untuk lepas diri dari kes liwat Saiful.
Dakwa Ezam Anwar telah temberang seorang pemimpin besar pakatan rakyat mengenai sesuatu.
Katanya beliau mendapat tahu hal berkenaan menerusi seseorang dan berpeluang meminta pengesahan kebenarannya dari orang yang dimaksudkan.
Yang pasti tentu ramai orang parti berkenaan akan ‘ mengamuk ‘ jika cerita ini terbongkar.
Namun Anwar tetap Anwar beliau boleh buat muka kering macam tak ada hal seperti juga pembohongnya tentang gerakan 16 September yang tidak menjadi sampai ke hari ini.
Ezam secara berjenaka menyifatkan Anwar kini sebagai orang yang sudah ‘kalis malu’.
Malah beliau sampai berkata sebenarnya sudah tidak guna lagi menghentam Anwar.
Ezam mengakui apa pun yang dikata tentang Anwar masih ada ramai lagi orang yang tetap taksub dan percaya padanya sampai ke hari ini.
Beliau menerima hakikat ini.Katanya bukan mudah untuk menerangkan hal sebenar dan ia mengambil masa.
Apapun katanya lagi kusut lain macam pada wajah Anwar kini tidak boleh disembunyikan lagi menerusi gelak tawanya.
Beliau memberitahu ramai kawan-kawan yang mengenali Anwar sedar tentang air mukanya yang penuh dengan tanda kerisauan itu.
BERIKUT IALAH ANTARA TRANSKRIP INTERBIU DENGAN EZAM YANG DAPAT DISIARKAN :
Agendadaily :Ada berpendapat pakatan rakyat khususnya PKR mulai lemah berbanding selepas PRU 12 tetapi keputusan pilihanraya kecil di Hulu Selangor membuktikan pembangkang masih berpengaruh kerana undi diperolehi Datuk Zaid Ibrahim meningkat. Saudara sendiri melihatnya bagaimamana?
Ezam: Secara umum saya tidak tolak dakwaan pakatan rakyat masih satu kuasa yang tidak boleh dipandang enteng. Namun, secara khususnya saya melihat traditional voter atau pengundi yang mengundi sebelum 2008, yang selama ini mengundi Barisan Nasional (BN) tetapi tidak undi BN pada 2008…sudah mula kembali.
Ini kita dapat lihat dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Bagan Pinang. Undi mereka beralih semula kepada BN dalam jumlah besar. Saya nampak trend itu.
Cuma dalam kes di Hulu Selangor, perbezaan undi tak banyak bukan kerana faktor undi tradisional tetapi undi kaum Cina. Dalam kes ini, Zaid Ibrahim adalah kes terpencil. Pengundi Cina memang secara luar biasa undi Zaid kerana faktor unik pada beliau yang dilihat tokoh Melayu yang liberal.
Ini menarik pengundi-pengundi Cina dan Zaid juga dilihat tokoh yang berjuang menentang ISA. Isu ISA ini dilihat dekat dengan masyarakat Cina kerana sebelum ini memang dimomok-momokkan kononnnya ISA menekan orang Cina.
Apabila Zaid sanggup lepas jawatan menteri kerana lawan ISA, mereka melihat Zaid sebagai pemimpin sesuai tetapi kalau kita tolak undi Cina, memang nampak peningkatan banyak.
Undi tradisional sudah balik tetapi kita tak harus selesa kerana undi bukan tradisional dan mereka yang pertama mengundi selain yang akan undi buat pertama kali dalam pilihanraya umum akan datang…kita belum nampak trendnya.
Agendadaily: Kebelakangan ini nampak seperti PKR sedang memberi fokus kepada Zaid termasuk melantiknya Ketua PKR untuk Wilayah Persekutuan. Apakah pemimpin lama dan PKR menerima Zaid yang baru sahaja bersama parti itu atau memang serius ada perebutan kuasa dalam PKR?
Ezam: Anwar Ibrahim sebenarnya sedang berusaha menarik semaksima ramai pengundi Cina kerana beliau melihat orang Melayu dan India sudah ada yang kembali kepada BN.
Inilah last card Anwar dan dia terpaksa menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Kalau dia tidak dapat semaksima pengundi Cina…beliau akan habis.
Sebab itu tadi, saya cakap Zaid calon terbaik di Hulu Selangor. Tengok juga, bila Anwar lantik Dr Chua Jui Meng di Johor. Ini tidak sepatutnya terjadi sebab di sebuah negeri yang majoriti Islam tidak boleh letak bukan Islam sebagai pemimpin. Tetapi kenapa Anwar letak? Dia tahu dalam politik Melayu, ini tidak betul…jawapannya dia terdesak dan dia perlukan undi Cina.
Pengundi-pengundi Cina ini sebenarnya hanya jadi alat peribadi Anwar sahaja. Anwar tahu, PKR hancur dari dalam...pemilihan bulan November ini akan lebih hancur.
Beliau juga tahu pakatan rakyat tak kuat ..logo tak ada...pendaftaran tak ada. Anwar tahu ini semua tetapi dia sengaja tidak tumpu perhatian kerana dia tahu pakatan pembangkang tidak akan ke mana-mana .
Tambahan pula pula kes liwatnya kali ini, dia tahu dia akan habis...kerana bukti forensik kuat. Atas dasar itu, Anwar hanya nak cari nyawa politik dan caranya bukan pilhanraya tapi mahu kesnya dibuang melalui deal .
Saya tahu ada usaha deal beliau dengan pihak atasan. Masa dengan Pak Lah saya pun sama deal . Anwar cuba buat undi Cina sebagai satu benda yang dia boleh deal dengan pihak atasan melepaskan kesnya.
Agendadaily: Bagaimana nasib pemimpin PKR yang lain umpamanya Saifuddin Nasution dan Azmin Ali selepas Anwar menonjolkan Zaid ?.
Ezam: Anwar, bagi saya terdesak dan hampir lemas. Dia tak fikirkan orang lain. Dia fikir nyawa dia sahaja. Sama ada Zaid atau Saifuddin Nasution...tolak Azmin Ali sahaja...semua akan jadi alatnya. Azmin ini sebab ada sentimental dengan Anwar.
Hanya mereka, Wan Azizah dan Datuk Nalakaruppan boleh jelaskan mengenai Shamsidar (isteri Azmin).Kini, Anwar hanya fikir survival sendiri, bukan parti, bukan pakatan rakyat mahupun PKR.
Anwar tahu PKR tak boleh kontrol kerana masing-masing berebut.Dalam pakatan pula, DAP dan PAS kita lihat tak boleh bekerjasama dengan baik kerana idealogi berbeza. Justru itu, dalam kes liwat ini,Anwar dapat rasakan beliau bersendirian dan lawan sendiri.
Agendadaily: Macam kes dakwaan liwat ini, ada persepsi nampak macam apa juga pendedahan yang diperkatakan mengenai kes itu masih ramai yang tidak percaya. Apakah persepsi ini di buat-buat atau Anwar sendiri berjaya memanipulasi kes tersebut?.
Ezam : Berdasarkan pengalaman, saya dapat rasakan tidak seramai dulu lagi orang percaya pada Anwar. Dalam PKR pun sudah ramai keluar. Ada yang kekal pun tidak percaya lagi sama seperti mereka percaya kes pertama dahulu. Dalam PAS juga ada yang percaya.Sebab itu ada pemimpin mereka enggan komen kes tersebut.
Kita kena faham proses untuk kita yakinkan orang mengenai kedurjanaan Anwar bukan sesuatu yang mudah. Kita kena ambil masa, sebab kita ( UMNO ) sendiri ambil masa membina Anwar jadi pemimpin agung. Ianya tidak dapat diubah sekelip mata..tak akan berlaku.
Apa yang akan berlaku adalah proses natural sedikit demi sedikit. Anwar ini sudah lama...sudah gah.Tun Dr Malathir Mohamad pun beri masa 16 tahun kepada Anwar dengan segala jawatan dan media...lagipun Anwar memang pandai dalam bab ini.
Selepas itu, saya dan rakan-rakan selama 10 tahun berjuang untuk Anwar masa beliau dalam penjara. Kita kata Anwar sakit…di dalam penjara Anwar baca al-Quran.
Jadi bila datang kes Saiful, seorang budak muda sahaja ia akan ambil masa bagi menghilangkan keyakinan orang terhadap Anwar.
Tetapi saya percaya, kerana Saiful itu benar dan adanya bukti kukuh, ianya akan menghakis semua persepsi itu tetapi bukan dalam masa yang cepat.
Selain itu, mungkin sebab kes pertama dulu… kes itu back fire kepada kerajaan dengan kes mata lebam menyebabkan orang simpati.
Dalam politik dan hukum natural…sesuatu tidak boleh berubah sekaligus dan mesti ambil masa.
Sekarang ikut pendapat saya…Datuk Seri Najib biarkan proses undang-undang berjalan secara semula jadi. Sebab itu, hakim beri ruang tangguh dan dengar macam-macam permohonan Anwar. Namun kita kena percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya.
Dalam hal ini saya percaya tindakan Perdana Menteri membenarkan kes itu berjalan secara semula jadi adalah betul.
Lagipun proses perbicaraan sekarang belum memihak kepada Saiful. Anwar yang control ...Anwar pegang persepsi dan satu sudut lain pula, kita letak Saiful lawan Anwar bersendirian bukannya UMNO yang lawan Anwar. Sudah semestinya Anwar menang persepsi ini.
Kita tak main politik dalam kes ini kerana kita mahu ianya diputuskan undang-undang. Memang dalam jangka pendek tidak untung sebab Anwar yang menang.
Namun kena ingat ini kes jenayah bukannya kes politik…jangka pendek mungkin menyebelahi Anwar tetapi saya percaya undang-undang akan sampai akhirnya dan ianya akan terbalik.
Agendadaily: Memandangkan ada yang percaya dan tidak percaya kes ini...sebagai bekas orang yang rapat dengan Anwar dan keluarganya, saudara rasa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tahu mengenainya atau sifat-sifat pelik Anwar ini?
Ezam : Saya yakin Wan Azizah tahu. Yang lain saya tak tahu. Saya tahu sebab Wan Azizah yang beritahu saya dan sebab itu saya keluar PKR.
Sebab utama saya keluar tinggalkan Anwar bukan soal politik tetapi moralnya. Saya selama ni tidak mahu cakap kerana tidak mahu aibkan beliau sebab saya bukan mangsa…lainlah Saiful.
Saya dapat tahu kedudukan sebenar apabila Wan Azizah terdesak beritahu perangai Anwar dan pernah minta saya jadi ‘spy’.. Ini turning point saya tinggalkan Anwar bila isterinya beritahu berdasarkan insiden yang jelas menjurus kearah itu bahawa Anwar memang seorang yang diragukan moralnya dengan perkara tersebut (liwat).
Wan Azizah memang tahu. Tetapi sebab apa beliau terus melindungi suaminya …itu dia kena jawab.
Bagaimanapun, apa yang saya tidak faham kenapa beliau benarkan suaminya memfitnah orang lain bagi menutup keburukkannya.
Wan Azizah hendak tutup keburukkan suaminya...itu hak dia. Dia boleh jawab pada Allah s.w.t.. tetapi beliau tidak sepatutnya benarkan suaminya memfitnah Datuk Seri Najib, Rosmah dan saya konon berkonspirasi dalam kesnya itu.
Dia (Wan Azizah) tahu benda itu berlaku tetapi dia benarkan orang lain kena fitnah, ini perkara salah, ini kita tidak boleh terima dan Wan Azizah harus bertaubat…
Dalam ceramah, saya cakap itu, sebagai Islam beliau kena bertaubat. Saya akan tuntut bagi diri saya dengan Anwar kerana kerana firtnah saya dalam kesnya.
Agendadaily: Ketika satu ceramah di Kelantan, betulkah saudara secara langsung ada kata Anwar meliwat?
Ezam: Benar. Saya sebut. Sebelum itu...saya tidak mahu aibkannya tetapi bila Anwar guna Karpal Singh tanya Saiful sama ada jumpa Ezam atau tidak… itu puncanya.
Saya tak kenal Saiful tetapi ada jumpa sekali saja atas permintaan Saiful sendiri untuk pastikan beberapa perkara.
Dia kemudian tuduh saya berkonsprirasi dengan Saiful. Saya berhak pertahan maruah saya. Saya juga boleh aibkan dia.
Sebelum itu, saya tinggalkan Anwar bukan soal politik tetapi saya pernah sebut saya tidak boleh benarkan seorang peliwat jadi ketua saya. Sebelum itu memang saya tidak tahu... tetapi selepas Wan Azizah beritahu…
Agendadaily: Apa buktinya? Bagaimana kalau Wan Azizah menafikannya?
Ezam : Saya sanggup bersumpah dan saya cabar Wan Azizah bersumpah sama ada ikut cara dia...depan ulama dia dan saya sendiri sanggup.
Inilah punca turning point saya sebab saya tak pernah fikir benda ini berlaku malah saya ambil masa enam bulan menyiasatnya. Saya rapat dengan mereka…sebelum ini saya tidak percaya langsung.
Padahal, kalau nak percaya langsung senang sahaja.Semak keputusan hakim yang bebaskan Anwar dalam kes pertama dulu. Mereka cakap aktivti itu berlaku… hakim ini ( yang buat keputusan itu ) bukan anti Anwar tetapi hakim itu setuju kes homoseksual ini berlaku.
Saya juga cari semula buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri sedangkan sebelum itu saya tidak pedulipun pasal buku itu.
Akhirnya saya cukup yakin. Tambahan kejadian Wan Azizah telefon saya dari Washington minta ‘spy’ Anwar yang berada di rumah dengan seorang lelaki lain.
Sebab itulah, saya sekarang minta kawan-kawan jangan lakukan kesilapan seperti saya. Kesilapannya kerana Anwar sebagai pemimpin…saya percaya beliau seratus peratus.
Kita sepatutnya kena siasat walaupun di depan kita dia baik dan tidak buat apa-apa…ini tidak bermakna beliau tidak buat apa-apa di belakang kita.
Kita kena siasat macam dakwaan pembangkang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
Saya sudah siasat. Anwar beritahu saya. Memang confirm kes itu fitnah… sebab Anwar yang arah cakap. Kita bantai sajalah...sebab bukan ada bukti katanya dan masa itu saya masih bersama Anwar.
Saya tanya beliau, ini kes bunuh orang, ada bukti ke? Katanya, kita bantai sajalah...dan sekarang Zulkifli Noordin pun cakap hal yang sama.
Keyakinan saya sebenarnya mengatasi keraguan dalam kes liwat Saiful ini.
Ianya juga saya anggap sebagai takdir kerana jumpa direct dengan Saiful dan berdepan kes ini. Sebab itu saya berani bertanggungjawab apa yang saya katakan mengenai Anwar.
Ini bukan macam (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) yang pertahan Anwar, bukan juga macam Yusof Qardawi. Bagi saya, mereka salah sebab tidak jumpa Saiful dan dengar cerita kedua-dua pihak.Mereka cuma dengar Anwar.
Ini tidak adil kepada Saiful kerana kes ini bukan macam dulu lagi… kerana Saiful pun sudah bersumpah dan buat report.
Dia jumpa saya sebab kecewa kerana Najib dan polis tak mahu tolong dan dia jumpa saya kerana tengok hanya saya berani lawan Anwar.
Dia boleh agak saya tahu pasal benda itu…Allah beri kesempatan untuk saya berdepan dan tengok sendiri melalui kes Saiful.
Sebab itulah saya tinggalkan Anwar. Saya keluar PKR pada 2006 tetapi tidak masuk mana-mana politik sebab sudah kecewa dan hanya masuk UMNO pada 2008 bila tengok banyak negeri jatuh termasuk Selangor tempat kelahiran saya kena jual kepada DAP.
Saya masuk UMNO pada 28 Mei 2008 manakala Saiful buat repot kes liwatnya pada 28 Jun 2008.
Sebulan saja beza…jadi macam mana boleh kata konspirasi. Seingat saya, jawapan paling penting adalah ini semua Allah sudah tentukan.
Bila masuk UMNO mereka tuduh saya dapat berjuta-juta. Saya dan keluarga berdoa setiap malam minta petunjuk kerana saya pernah tolong Anwar tetapi dia fitnah saya pula.
Jadi bagi saya kes Saiful ini jadi petunjuk kepada semua. Bukan senang dari sudut psikologi. Seorang perempuan boleh mengaku kena rogol berbanding seorang lelaki mengaku kena liwat. Sebab itulah Anwar yakin ia tak bocor sebab tidak ada orang yang akan mengakuinya…tetapi ini semua kerja Allah swt.
[/s benarkah apa yang saya baca.....
http://www.agendadaily.com/Temubual/puncanyawan-azizah.html
1 Ulasan
aku x nak PM xde moral !!
BalasPadamHANTU KAK LIMAH 2 DOWNLOAD !! SERIUS NI
Awek Kantoi Webcame !! !! SERIUS NI
jerit kat sini