Loading...
Blog ini bukannya blog politik namun bukannya bermakna saya buta dan pekak terus ttg politik...sesungguhnya saya membaca dan mengikuti isu2 semasa yg berlaku dalam negara kita...
Dan saya amat tertarik dengan artikel dari blog ini...
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba.
Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.
Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.
Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.
Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.
Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.
Banglo Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor di Segambut
Rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, banglo itu dibeli dan diubahsuai semasa beliau bebas dari penjara tahun 2004 dengan harga RM7 juta, siap kolam renang dalam rumah
Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?
Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.
Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya.
Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.
Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.
Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.
Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.
Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?
Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.
Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.
Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.
Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.
p/s Andai benarlah sebagaimana yang didakwa maka amat amatlah Kesian Wan Azizah, fitnah dan aib keatas suaminya menyebabkan beliau sengsara bertahun tahun lamanya"
sumber artikel:http://topengrakyat.blogspot.com/2013/03/wan-azizah-dengan-publisiti-yang.html
11 Ulasan
mustahil la pkai mutiara palsu. orang biasa pun pakai emas juga.
BalasPadamAwek cantik, menawan TAPI!!!
Rock ooo Rimba Bara Download
Download Gangster Celop best Quality
salam....sy sedikit terpanggil utk membuat ulasan setelah membaca artikel ini....sy bukan nak komen blog u sis...jauh sekali mempercacaikan u....tapi sy dah byk sgt tgk keganasan pihak pencacai dr segi fizikal...membaling batu, memaki hamun depan kanak-kanak, mengamuk di tapak-tapak ceramah pembangkang.sy x nampak pula amukan dr pihak pembangkang, x nampak pula batu terbang melayang bila mereka dicaci maki dlm setiap ceramah umno. di situ sy dpt melihat siapa sebenarnya samseng...sy bosan dgn keganasan...sy bosan dgn cara kasar yg di tunjukkan oleh mereka yg merasa mereka sgt berkuasa di Malaysia....sy muak dgn media yg memaparkan artikel berat sebelah...biar la ALLAH sj yg menentukan...namun biarlah mereka berusaha dgn cara yg baik, bersih & amanah....
BalasPadamI kesian kat u sbb u cuma memberi gambaran dari apa yg u rasa, hakikatnya u x pernah bersama dengan dia. Jd apa yg u tulis dan rasa itu hanyalah andaian...., bukan ape... takut nanti bertukar jadi fitnah. Takut merana hidup selagi tak mintak maaf directly dengan dia...wallahua'lam...
BalasPadam@tun hasan
BalasPadamTun Hasan sayang...
terimakasih la sbb kesiankan akak,tapi x yah la kesian2kan akak,sbb sebagai manusia yg masih mempunyai akal fikiran yg waras,dan berstatus penduduk M;sia,dah tentu akak tahu nak memilih mana calon terbaik untuk memimpin negara tercinta kita ni...
bukankah undi itu rahsia,bukankah negara kita sebuah negara demokrasi....ingat tu..
@azmu zarinah
BalasPadamuntuk pengetahuan anda,saya lahir dan menetap disebuah negeri yg dbawah peguasaan pembangkang sejak sekian lama,saya membesar disitu,arwah ayah seorang bekas tentera,semestinya kije kerajaan la kan,namun aa yg menyedihkan saya,setiap kali saya pergi mengaji,pastinya saya akakn melalui markas puak2 ni...dan setiap kali itulah saya dibaling dgn batu,kertas,ranting2 pokok atau apa saja yg terlintas utk diorang baling kearah saya...kenapa??apa salah saya sedangkan waktu itu usia sy baru i5 tahun..jauh sekali tahu bab2 politik..
Fikirkan..bila saya melalui kwn panas itu,saya di boo ooleh mereka...adakah saya ketika itu bersekolah disekolah aliran Inggeris yang kebanyakannya anak2 pegawai kerajaan yg bersekolah disitu maka sy dihukum sdemikian rupa...
Bayangkan perasaan sy..sedihnya...bangsa sendiri,seagama pula tu...bagaimana hati ini nak terpaut ...bayangkan seandai sdri berada ditmpt saya...
@Nico Bellic
BalasPadamhhmm..emas Zhulian pun ramai yg pakai
saya xpandai bab bab politik nie..tapi tengok dari muka wan azizah..nampak ceria je kan..manis..tak nampak langsung seribu perit kesedihan ape yang die tanggung tu....macam tak de masalah...tapi hati dier..allah!!..siapa yang taukan...
BalasPadam@aslvie adam
BalasPadamsebagai seorang steri sedikit sebanyak pasti ada rasa sedih...itu kan wajar
saya tahu akak bencikan pembangkang kerana waktu kecil dibaling batu, tapi janganlah kerana benci seseorang dan setia pada kerajaan, maka kita membuta tuli memfitnah seseorang berdasarkan luaran sahaja. setau saya mana2 NGO atau pihak luar juga boleh membantu Anwar dan beri wang pada dia untuk bangun semula, malah ada pemimpin UMNO ditahan di singapura kerana bawa wang ratusan juta, tak pula mereka heboh.
BalasPadambukan semua pembangkang baik,dan bukan semua pemimpin kerajaan bagus...
PadamElok juga pakai barang kemas palsu ni ye Kak Tie, taklah cemas sangat bila diragut. Lagipun sekarang semuanye banyak yang palsu – barang kemas palsu, kelakuan palsu, Pemimpin Negara/Parti palsu; banyak sangat yang palsu.
BalasPadamjerit kat sini