Loading...
Oleh kerana Keluarga KIRAM III MENDERHAKA KEPADA KESULTANAN MELAYU MALAYSIA terutama sekali kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, maka saya terpanggil untuk mendedahkan SIAPA SEBENAR JACEL KIRAM RAMOS anak perempuan kepada KIRAM III Suku tu.
Di dalam sejarah, sewaktu Kesultanan Sulu berada dalam tekanan hebat daripada Portugis, salah seorang sultannya dan kerabatnya memeluk agama Kristian. Demi kuasa dan Harta. Berlakulah pemberontakan hebat daripada rakyat jelata dan para pembesar pada waktu itu hingga menyebabkan lumpuhnya Kesultanan Sulu.
Inilah sejarah yang dilupakan kerana ianya adalah sejarah hitam bagi Tausug yang memalukan. Tidak akan ada orang Sulu akan membuka kembali sejarah hitam ini. Sejarah hitam ini di buka kembali kerana PENDERHAKAAN KIRAM III suku dan anak perempuannya JACEL KIRAM RAMOS kepada Melayu, Jawa dan Bugis Islam Nusantara. (sumber Ibnu Rusydi)
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini.
Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu. Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo.
Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".
Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei.
Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta.
Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini,
Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :
i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram (lambang keris panjang)
b) Keluarga Shakiraullah (lambang tombak)
ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.
Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.
Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I.
Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.
Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua.
Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian.
Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.
Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo.
Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'.
Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini.
Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.
Petunjuk daripada Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor".
"Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram.
Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah.
Kini di alaf baru berlaku lah perkara yang sama.
Di dalam keluarga Kiram III suku, siapakah yang telah mengamalkan Pluralisma? Pernah terfikir kenapa namanya di eja JACEL? Kalau ikut kebiasaan, orang yang pakai tudung kira agamanya mengikut tudung kepala. Tapi kalu mengikut Syariat Islam, agama itu bukan di kira dari tudung kepala.
Adakah nama RAMOS tidak memberikan sebarang bunyi 'loceng' ?
Fikir .....
Sebaik saja Malaysia melakukan Serangan Balas terhadap pencerobohan pengganas Kiram III suku, berlaku demonstrasi di Manila di hadapan Kedutaan Malaysia.
Fikir ....
Kenapa Presiden Filipina mengatakan bahawa wujud Konspirasi dalaman yakni kerjasama di antara Kiram III suku- Nur Misuari- Pihak Pembangkang Malaysia - Pihak Pembangkang Filipina?
Fikir .....
Dimanakah jurai keturunan Don Fernando De Alimudin 1 - The Christian Sultan of Jolo yang telah blah ke Manila pada 1748 bersama putera dan puteri nya serta para pengikutnya?
Sudah berlalu 255 tahun sejak 1748 sehingga kini 2013.
Fikirlah ....
Kesultanan Sulu ada The Christian Sultan of Jolo dari jurai keturunan Don Fernando De Alimudin I yang bernaung dan di iktiraf oleh penjajah Sepanyol dan gereja Jesuit. BELIAU TAK PERNAH TURUN TAKHTA.
Jacel H Kiram Ramos nak bercakap mengenai ISLAM?
Tak tercapai akal ku ....!
p/s....Ciiisss....susah giler blajar Sejarah
6 Ulasan
lepas satu2 fakta pasal sejarah kesultanan sulu dah menarik minat org ramai especially remaja utk belajar sejarah..hehe
BalasPadam@Nana Liena
BalasPadamhhi..sbb sejarah dah jadi mata pelajaran wajib skrng
saalam akak...mohon pautkan blog kecik sy disini...saya dah pautkan blog akak di
BalasPadamdaengselili.blogspot.com
mekasihhh :)
Fakta menarik dalam pembentangan sejarah Kesultanan Sulu ni. Saya suka baca kerana saya memang minat sejarah.
BalasPadam@Daeng Selili
BalasPadamaaa..ok..ok..no problem..:)
saya tak lah berapa minat sangat sejarah . baru abis spm . tapi dah geram punya pasal takkan nak marah meraban tapi buta sejarah . campak je si jacel nih . huh penyamun betul .
BalasPadamjerit kat sini