Kurangkan pekerja asing mulai sekarang!

Kurangkan pekerja asing mulai sekarang!

Loading...
                                           
"Dalam keadaan kita yang masih terkejut dan juga bersedih atas apa yang berlaku di Sabah kita juga harus merenung sejenak apakah akan ada jaminan hal yang sama tidak akan juga berlaku di mana-mana tempat dalam negara kita.

Buat masa ini kita cuma mampu mendoakan rakyat Sabah dan pihak keselamatan sentiasa dalam perlindungan Allah. Pastinya keadaan sangat sukar dan tak tergambar oleh kita. Bagi keluarga yang mungkin anak, isteri, suami atau pelajar yang berada di Sabah tentu dalam cemas dan resah bimbang jika keadaan bertambah rumit.

Apa yang berlaku terlalu drastik yang pada awalnya kelihatan terkawal (?) akhirnya menumpahkan darah.

Menyorot apa yang berlaku sekarang, kita perlu mengkaji semula pengambilan pekerja asing yang mencecah mungkin lebih dari 3 juta dalam negara. Tengok saja pada cuti tahun baru cina baru-baru ini, Kuala Lumpur seolah-olah bukan lagi milik kita. Mereka membanjiri segenap pelosok bandar dengan bebas tanpa ada pihak yang mengawasi dan mengawal.

Malah jalan-jalan raya umpama ada 'perarakan' pekerja asing kerana mereka langsung tidak menghormati peraturan2 yang ada. Sekiranya fenomena ini dibiarkan, apakah risiko yang kita sanggup hadapi jika peristiwa yang sama berulang, mungkin dalam keadaan yang berbeza.

Sejarah negara asal mereka banyak yang patut kita fikirkan. Janganlah nanti 'pisang berbuah banyak kali'. Satu kaedah jangkapanjang perlu dimulakan untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun kita sememangnya sangat memerlukan khidmat pekerja asing tetapi perlulah dalam keadaan terkawal. Lihat saja di beberapa sektor industri, majoriti sekarang adalah pekerja asing hatta sebagai pengawal keselamatan sehinggalah kepada pekerja2 restoran.

Satu usaha untuk menarik orang tempatan memenuhi pasaran kerja negara perlu dimantapkan. Kita mempunyai ramai penganggur2 lulusan tinggi dan juga teknikal... yang perlu digunakan untuk memajukan negara kita dengan acuan kita sendiri. "


adi_jagat

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Salam,
    Setuju sangat..pekerja asing terlalu ramai. Pergi jer pasar malam, mcm2 rupa ada.
    Negara kita yg aman, maju dan makmur sering menjadi tumpuan pendatang tapi jgn sampai satu hari nanti mereka dtg utk mahukan negara ini.

    BalasPadam

jerit kat sini