Kesian,Masih Hidup,Keranda Dah Tunggu

Ini baru keranda,x de la heran mana sangat pun,sbb saya kata begitu??

Masa saya bersekolah dulu,pernah pihak skolah buat rombongan ke Masjd Negara..(dah lama dah...)

maklum budak2 mesti suka sangat..dan kumpulan kami dibawa ke bahagian perkuburuan orang berpangkat besar2 .

Semua kubur dalam masjid tu.(.lupa lak bahagian mana,disitu),kesemua kubur bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah mninggal dikebumikan disitu,dan apa yg memeranjatkan saya kubur PM pd waktu itu talah pun sedia digali dan ditutupi dengan kepingan konkrit....wow..pada saya mmg dasyat la,sbb belum mati tapi lubang kubur dah siap sedia menunggu.

Jadi apa la sangat jika dibandingkan dengan keranda olok2 Tian Chua tu...alahai...

Baca beritanya...


'Keranda' Tian Chua ditemui di Melaka

                        
Keranda olok-olok dengan potrait Naib Presiden PKR Tian Chua dikesan di depan pejabat parti itu di Melaka hari ini.

Ketua Penerangan Hairiz Nordin berkata, petugas parti menemui keranda olok-olok bersarung kain hitam dengan bunga berkalung di gambarnya.

"Saya syak insiden ini berkaitan dengan kenyataan Tian Chuan berhubung isu Lahad Datu," kata Hairiz.

Malaysiakini belum dapat menghubungi Tian Chua bagi mendapatkan komennya berhubung perkara iu.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang semalam mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!