Kak Mah Berlagak Jadi PM?

Kak Mah Berlagak Jadi PM?

Loading...
                            
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, keengganannya menjawab semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya selama ini kerana beranggapan jika dia berbuat demikian, ianya akan dibesar-besarkan atau disensasikan.

Luahan Rosmah disiarkan dalam buku biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam buku berjudul “Biografi Rosmah Mansor”, Rosmah turut menjawab tuduhan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, cincin berharga RM24juta dan banyak lagi.

”Saya merasakan sikap mendiamkan diri, tak boleh. Bila tak jawab, semakin menjadi-jadilah fitnah terhadap saya. Bila tidak jawab mereka ingat saya takut. Saya tak takut. Saya boleh berhadapan dengan mereka. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama “membunuh diri sendiri,” katanya.

Mengenai tuduhan dia terlibat dengan pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006, Rosmah menjelaskan pada malam kejadian itu dia menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan hari raya kepada anak-anak yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dia ditemani oleh Leftenan Kolonel Norhayati Hassan dan berada di situ sehingga tengah malam kerana selepas berbuka, mereka bersama-sama mengerjakan solat Maghrib, Isyak, Terawih dan More.

Dalam buku itu Rosmah juga menangkis tuduhan bahawa dia berlagak seperti Perdana Menteri.

“Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia menjadi Perdana Menteri, itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.”

Rosmah menganggap tanggapan itu timbul disebabkan sikap irihati oleh golongan yang cetek fikiran. Katanya disebabkan dia sentiasa bersama Najib di mana sahaja, maka dia dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

“Saya bukan Ahli Parlimen, hanya ahli UMNO biasa. Tiada kuasa apa-apa. Saya akan pertahankan hak saya sebagai seorang isteri yang wajar berada di sisi suaminya. Tiada siapa dapat memisahkan peranan saya itu.”

Dalam buku itu Rosmah turut menegaskan walaupun dia isteri Perdana Menteri, dia tidak diberikan kekebalan. Malah Rosmah mendedahkan, apabila media menyiarkan fitnah-fitnah berkenaan, dia telah disoalsiasat oleh Bukit Aman selama enam jam.

Menurut Rosmah, Najib mengatakan padanya bahawa golongan pemfitnah itu mahu mengenakannya tetapi sasaran paling tepat adalah mengenakan isterinya terlebih dahulu.

“Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh mempertahankan diri. Saya percaya pada dan qadar dan saya perlu kuat untuk anak-anak dan suami.”

Mengenai tuduhan dia memiliki cincin berharga RM24 juta, Rosmah berkata ia adalah tidak benar dan satu fitnah. Malah Rosmah berani bersumpah cincin itu tidak ada di tangannya.

Menurutnya, cincin berkenaan masuk melalui kastam untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumahnya bagi persiapan majlis pertunangan anak-anak mereka.

Menurut Rosmah, Maira adalah pelanggan tetap kepada Jewelry Jacob & Co. Setelah dilihat oleh Maira, cincin berkenaan dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibupejabat Jacob & Co di New York pada 13 Mei 2012.

Buku Biografi Rosmah Mansor adalah hasil penulisan Siti Rohayah Attan dan Noraini Abd Razak serta diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). Ia dijual dengan harga RM150 senaskah.

Buku setebal 180 halaman itu mengandungi 12 bab yang mengkisahkan pengalaman hidup Rosmah dari kecil sehingga sekarang, serta menjawab pelbagai persoalan yang sering dikaitkan dengannya.

Menurut penerbit buku berkenaan, Shamsulbahrin Ludin, buku berkenaan sepatutnya berada di pasaran pada Januari lalu tetapi ditangguhkan kerana mereka mahu menyelitkan gambar dan bahan terkini yang membabitkan Rosmah. –


19/3/13.-OLEH NOORHASILAH ISMAIL-

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Biasalah manusia memang selalu diseliputi perasaan cemburu. Benar atau tidak benar tomahan tu hanya kak Rosmah dan Allah yang tahu. By the way template blog ni semakin cantik la.

    BalasPadam
  2. @Lina md. munir
    tqtqttq...puas mencari template yg sedap mata memandang dan simple..akhirnya jumpa gak..

    BalasPadam

jerit kat sini