Loading...
Penulis sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa tidak salah untuk mencari sesuatu kebenaran asalkan tidak menjejaskan akidah sebagai seorang muslim.
Sebenarnya penulis benar-benar tertarik dengan satu cabang kajian yang sering dipandang sepi oleh umat Islam iaituEgyptologi.
Egyptologi adalah kajian yang terperinci merangkumi sejarah, adat, agama, bahasa dan tatacara hidup masyarakat Mesir yang dipercayai telah mendiami lembah sungai Nil sejak 3000 sebelum masihi sehingga abad ke-4 selepas masihi. Di Amerika Syarikat, Egyptologi diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepada bidang Arkeologi.
Ahli-ahli Egytologi yang pertama
Ahli ‘Egyptologi’ yang pertama dipercayai adalah Firaun Mesir itu sendiri iaitu Tutmoses IV. Tutmoses IV dikatakan telah memulihkan patung Sphinx yang tersergam di hadapan Sungai Nil.
Manakala ahli Egyptologi Islam yang pertama adalah ahli sufi terkenal, Zun Nun al-Misri. Zun Nun al-Misri diriwayatkan sangat meminati tulisan Hiroglif Mesir dan dikatakan telah memahami sebahagian besar tulisan berkenaan.
Seorang lagi ilmuwan Islam yang pertama digelar ahli Egyptologi adalahIbnu Washiyya. Ibnu Washiyya dikatakan telah mendahului Jean-François Champollion dalam menafsir tulisan Higrolif sebanyak empat abad. Champollion dikenali pada hari ini sebagai individu pertama yang menafsir tulisan Higrolif susulan terjumpanya batu Rosetta.
Bergitulah besarnya cabang bidang Egytologi ini. Miskipun banyak sudah dibongkar dan dibuat kajian. Namun, masih banyak lagi yang belum terbongkar sepenuh. Antaranya adalah berkenaan persoalan siapakah Firaun yang memusuhi Nabi Musa as. Al-Quran tidak mencatatkan siapakah Firaun tersebut. Bergitu juga dengan Injil dan Taurat.
Walaubagaimanapun, penulis telah tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli Egyptologi warga British berkelahiran Mesir, Ahmed Osman. Ahmed Osman secara terperinci telah mendakwa bahawa seorang figura Mesir Purba bernama Yuya adalah Nabi Yusuf yang diceritakan Allah swt dalam al-Quran sebagai seorang menteri kerajaan Mesir Purba.
Nabi Yusuf as seperti yang diceritakan dalam al-Quran, Taurat dan Injil
Sejak satu abad yang lalu, pencarian tentang siapakah Nabi Yusuf as dalam peradaban Mesir Purba giat dilakukan. Kebanyakkan dilakukan oleh ahli arkeologi daripada Eropah dengan bersandarkan kepada Kitab New Tastement(Injil) dan Old Tastement(Taurat). Namun, kajian tersebut menemui jalan buntu dek kerana hasil penemuan yang tidak menepati dengan apa yang disifatkan dalam kedua-dua kitab suci agama Kristian dan Yahudi.
Dalam kitab tersebut ada menceritakan bagaimana Nabi Yusuf as telah dikhianati oleh adik-beradiknya dengan meletakkan baginda di dalam perigi tua. Adik-beradik baginda juga telah menipu bapanya iaitu Nabi Ya’kub as dengan mendakwa Nabi Yusuf as telah dibaham serigala dengan menunjukkan baju yang dilumur darah haiwan sebagai barang bukti. Nabi Ya’kub as yang mengetahui anak-anaknya telah membohongi bagaimanapun terpaksa redha dan meratapi nasib dirinya. Akibatnya, mata nabi Ya’kub menjadi buta kerana kerap menangisi kehilangan anak kesayanganya itu.
Dalam ketiga-tiga kitab tidak menyalahi fakta asal antara satu sama lain. Ketiga-tiga kitab suci tersebut ada menyatakan bagaimana Nabi Yusuf as akhirnya diselamatkan daripada perigi buta tersebut dan dibawa ke Mesir untuk dijadikan hamba abdi. Nabi Yusuf as kemudian dibeli oleh seorang menteri dan dijagakan bagaikan anak mereka sendiri. Menteri tersebut hanya digelar al-Aziz. Al-Aziz hanyalah panggilan bagi seorang menteri dan bukanlah nama sebenar menteri yang menjaga Nabi Yusuf as. Dalam Injil dan Taurat, nama menteri tersebut telah disebut sebagai Potiphar.
Apabila meningkat dewasa, Nabi Yusuf as telah melalui sebuah dugaan yang maha hebat apabila digoda oleh ibu angkatnya sendiri, Zulaikha. Di dalam Injil mahupun Taurat, nama Zulaikha langsung tidak dinyatakan.
Akibat fitnah daripada Zulaikha, Nabi Yusuf as kemudiannya dihumban dalam penjara. Di dalam penjara, Nabi Yusuf as telah menunjukkan mukjizatnya dengan menafsir mimpi seorang banduan. Kebolehan Nabi Yusuf as telah sampai kepada Firaun yang memerintah Mesir pada waktu itu. Nabi Yusuf as telah dipanggil untuk menafsir mimpi Firaun. Kejayaan menafsir mimpi Firaun dengan tepat akhirnya telah membuatkan baginda diangkat menjadi wazir negara Mesir Purba.
Dakwaan Ahmed OsmanAhmed Osman telah mendakwa Yuya adalah Nabi Yusuf as dengan beberapa bukti yang boleh dikatakan kukuh. Ahmed Osman yang menggunakan tiga sumber rujukan iaitu al-Quran, Injil dan Taurat sebagai dokongan dalam kajian beliau berkenaan dengan Yuya.
Antara dakwaan Ahmed Osman berkenaan Yuya adalah:
1. Tangan Yuyu
Mumia Yuya menurut Osman tidak seperti mumia-mumia yang lain. Tangan mumia Yuya tidak menyilangkan tangan seperti mumia Firaun dan mumia pembesar-pembesar Firaun. Adat menyilang tangan di dada sebenarnya adalah mengikut tatacara Osiris iaitu salah satu dewa besar Mesir Purba. Tangan Mumia Yuya bagaimanapun diletakkan pada bawah dagunya. Adat letak tangan di bawah dagu seperti menyerupai adat resam bangsa Semitik atau bani Israil. Ia memungkinkan bahawa Yuya adalah individu yang bukan berasal daripada Mesir.
Bandingkan mumia Yuya(atas) dan mumia Firaun Maneptah. Lihat kedudukan tangan mereka.
2. Yuyu dan janggut
Wajah Yuya menyerupai wajah bangsa Semitik. Ia bersandarkan kepada janggut, dagu dan wajah mumia Yuya yang bujur seperti wajah tipikal bangsa Semitik. Ia ditambah dengan fakta bahawa tiada Firaun dan pembesar Firaun yang menyimpan janggut kecuali Yuya sahaja.
Adat menyimpan janggut biasa dilakukan oleh bani Israil pada dahulukala.Ia bersandarkan kepada tafsir al-Qummi melalui Jaafar al-Sadiq yang berkata bahawa Allah swt telah menganugerahkan kepada moyang kepada bangsa Israil dan Arab(Bangsa Semitik), Nabi Ibrahim as sebanyak sepuluh kebaikan. Lima di kepala dan lima lagi di badannya.Di kepala:
1. Bercukur misai.
2. Menyimpan janggut
3. Bercukur rambut di kepala
4. Memberus gigi
5. Memutihkan gigi
Di badan:
1. Berkhatan
2. Memotong kuku
3. Membersih badan dengan air bersih
4. Mencukur bulu ari-ari
5. Membersih diri selepas berjimak(mandi hadas besar)
Maka ia jelas sekali menunjukkan anak cucu Nabi Ibrahim perlu mengikut syariat yang diturunkan daripada baginda termasuklah nabi Yusuf as yang merupakan cicit baginda sendiri melalui datuknya, Nabi Ishak as. Melalui penemuan mumia Yuya yang tidak bercukur janggut jelas membukti ia adalah berasal daripada bangsa Semitik dan bukannya seseorang
berbangsa Mesir.
Lihat janggut mumia Yuya
3. Bapa kepada FiraunYuya adalah satu-satunya individu yang digelar ‘Bapa kepada Firaun’. Ia selari dengan apa yang tercatat dalam Injil melalui Genesis 45:8.
“So then, it was not you who sent me here, but God. He made me father to Pharaoh, lord of his entire household and ruler of all Egypt.
Mana-mana individu tidak pernah digelar bapa kepada Firaun. Dan gelaran seperti ini adalah kebesaran yang dianugerahkan kepada Yuya sebagai orang kepercayaan Firaun. Ia jelas dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 54.
Dan raja(Firaun) berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja(Firaun) telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yangberkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami(Firaun dan pembesar-pembesar lain).”
Menurut ahli Egyptologi, Yuya digelar Father of Pharoah adalah kerana Yuya merupakan bapa mertua kepada Firaun Amenhotep III melalui perkahwinannya dengan anak perempuan Yuya, Tiye.
Tiye adalah salah seorang Isteri Diraja Terhebat(Great Royal Wife) dan dianggap nenek moyang kepada fahaman Monoteisme.Tiye digelar nenek-moyang kepada fahaman Monoteisme adalah kerana anaknya, Firaun Akhanaten telah melakukan revolusi agama dengan menghapuskan fahaman menyembah banyak tuhan kepada satu tuhan sahaja. (InsyaAllah jika berkesempatan penulis akan menulis berkenaan Firaun Akhanaten pula)
Persoalannya, bagaimana Tiye boleh digelar sedemikian rupa? Amat mustahil Tiye mendapat visi daripada Tuhan kerana tiada nabi daripada gologan wanita melainkan terpengaruh dengan seseorang yang paling rapat dengannya.
Dan orang paling rapat dengan Tiye semestinya bapanya sendiri iaitu Yuya.Kaitan Yuya dengan Tiye dan gelaran “bapa kepada Firaun” amat menyakinkan bahawa Yuya sebenarnya adalah Nabi Yusuf as yang
diceritakan dalam tiga kitab suci agama Samawi(agama langit).
http://takusahrisau.wordpress.com/page/

2 Ulasan
Assalamu'alaikum w.b.t. tuan,
BalasPadamJasad para anbia' dan rasul tidak lg berada di bumi setelah mereka dikebumikan. Setiap jasad mereka diangkat Allah ke langit setelah dikebumikan dalam tempoh 40 hari.
Ia dijelaskan dalam kitab-kitab lama termasuk tulisan Syeikh Daud al Fathoni bertajuk "Khasyful Ghummah Pada Menyatakan Kelakuan Orang Mati Dan Hal Hari Kiamat".
Beliau menjelaskan satu peristiwa yg mnjadi dalil kpd fakta tersebut.
Berlaku satu keruntuhan pd makam yg menempatkan makam Rasulullah s.a.w. dan dua sahabat pd zaman khilafah Walid b. Abd MAlik b. Marwan. lalu runtuhan trsebut mmbongkar bahagian kaki satu jasad yg tertanam di situ. Mrk takut ianya kaki dr jasad mulia Rasulullah s.a.w.
Lalu Sa'id b al Musayyab meriwayatkan bhw jasad para anbia' dan rasul tidak tertahan di bumi lebih dr 40 hari dr dikebumikan. Lalu kaki pada jasad tersebut dikenalpasti sbg milik jasad mulia Umar r.a. oleh cucundanya, Salim b Abdullah bin Umar r.a.
Semoga penjelasan itu sedikit sbyk mmberikan pncerahan kpd apa yg disebut di atas. Yuya bukanlah Yusuf a.s., tetapi berkemungkinan salah satu drpd jasad al Aziz, pemerintah2 mesir yg mgkin pernah beriman kepada Tuhan yg satu spt Akhenaten. al Qur'an membezakan antara Firaun dan al Aziz. Pemerintah mesir yang adil dan saksama di dalam surah Yusuf disebut al Aziz (Yusuf ayat 30), termasuk Yusuf setelah diangkat sebagai pemerintah Mesir (Yusuf ayat 78). Manakala firaun pula gelaran yg digunakan al Qur'an utk pemerintah yg kufur kepada Allah.
Jasad mrk2 yg beriman dan tinggi kedudukannya disamping Allah akan tidak terjejas. Jasad mumia Yuya berada dalam keadaan tidak sempurna dan agak kering. ia tidak seperti jasad para syuhada Ashabul Ukhdud yng dijumpai ratusan tahun setelah kerja menggali dijalankan pd zaman Umar al Khattab dan juga jasad Sayyidina Hamzah r.a. yg masih berdarah terkena cangkul selepas bertahun2 kesyahidannya.
Proses mumiafikasi mgkin menyebabkan jasad Yuya kelihatan kering. Kemungkinan dia gol pemerintah yg beriman atau tidak, hanya Allah sahaja yg tahu. Tetapi yg jelas dan benar ialah, yuya bukanlah Yusuf a.s.
Wallahua'lam.
@Imran Haaz
BalasPadamterimakasih diatas informasinya..semoga semua persoalan ini terjawab
jerit kat sini