Header Ads

Rumah Berhantu Ini Mula Dilelong

loading...

Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi.


Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyeraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram. Pelbagai fenomena paranormal yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, dan objek bergerak secara sendiri

Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia ghaib.

Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.



Murah jugalah rumah ni ...tapi sanggupkah tinggal dirumah yang seram ini..


Loading...

4 ulasan:

  1. erk.. agak2 ada tak org nak beli?

    BalasPadam
  2. Murah tu, boleh la beli..akak tolong order kan..!hahaha

    BalasPadam
  3. @deno
    kalau dah terdesak rumah mesti ada orng nak beli kot

    BalasPadam
  4. @Abil Fikri Ahmad
    jauhnya nak menetap tu Abil..x takut hantu?..:)

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.