Kenapa Tutup Cermin Ketika Kematian?

Kenapa Tutup Cermin Ketika Kematian?

Loading...


Assalamualaikum ustaz,
Ada tuanrumah yang cover cermin-cermin muka/mirror di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih

jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut.Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa , cermin hanya digunakan oleh simati ketika hidupnya sahaja…Apabila telah mati , cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut kepercayaan kuno masyarakat hindu , ruh atau “hantu” tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut , setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup.

Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

sumber:al hakam

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. lama x dtg berkunjung di sini ..thanks for sharing ! :) tp ada yg tutup-2 gambar pula ? haha

    BalasPadam
  2. @Nazmin Nazifa εїз
    TTG GAMBAR TU MMG TAK BAIK,TAMBAH PULA KALAU GAMBAR JENIS POTRET...DALAM HADIS PUN ADA TERANGKAN

    BalasPadam

jerit kat sini