Susulan Hantu Di UITM Lendu.Apakah Misteri disebalik lagu ULEK MAYANG??

Susulan Hantu Di UITM Lendu.Apakah Misteri disebalik lagu ULEK MAYANG??

Loading...


Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.


Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

"Aku tahu asal-usulmu", kata Puteri ke-7.

"Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat."

Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.

Dalam gambar ini, dimana seorang perempuan berkebaya, berkain batik sedang menari.Dikatakan jelmaan Puteri Ulek Mayang


Tarian

Nota: Tarian asal adalah untuk memuja semangat laut. Tarian moden tiada unsur puja, ia lebih kepada muzik & tarian.

Tarian Ulik Mayang dimainkan dengan 7 penari semasa musim puja pantai. Mayang pinang disapu dengan minyak kelapa dan dipuja terlebih dahulu di atas bekas dupa kemenyan.

Seterusnya mayang akan diulik oleh Adi (ketua) sehingga mayang itu "hidup" atau "menari sendiri". Apabila mayang telah hidup, ia dipindahkan kepada penari baru dan diulik sekali lagi sehingga 7 pusingan.

Cara kedua ialah hanya Adi sahaja yang akan mengulik mayang sehingga ia hidup sementara penari lain akan menari dan menyanyi.


Mantera Asal Mayang & Pelindung

Nota: Unsur pemujaan ini hendaklah dibaca sekadar pengetahuan semata-mata.

Asal mayang (membangkitkan semangat asal mayang):

-delete-

Pelindung:

-delete-

-----------------------------

Senikata

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan

Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Lirik di atas adalah sepertimana yang kita biasa dengar. Sebenarnya ia telah diubahsuai dengan membuang rangkap puja.

Rangkap ketiga ialah Rangkap Sambut. Contohnya rangkap pertama tentang Puteri Satu, dan disambut oleh Puteri Dua pada rangkap ketiga, kemudian disambut oleh Puteri Tiga (ulang semula R2, R3) dan seterusnya hingga Puteri Tujuh.

Rangkap keenam ialah Rangkap Tutup dan yang ketujuh ialah Jaga. Lirik ini sebenarnya telah hilang sifat mistiknya kerana telah diubahsuai. Tapi kadangkala terdengar juga di sana-sini ada yang kerasukan semasa menyanyikannya. Di antara kepercayaannya ialah mereka lupa untuk "menutup" lagu tersebut (rangkap 6 & 7). Entahkan betul entahkan tidak, terserah pada masing-masing untuk menilainya.

saksikan tariannya..disni..

Kal;au nak tahu nasi berwarna yg dimaksudkan dlm lagu ni adalah pulut kuning,pulut kuning dlm masyarakat Melayu dipercayai utk diberi makan pd makhlus2 halus.
opsss....ada lagi lagu Ulek Mayang versi moden,yang ni kalau nyanyi payah sket nak kena rasuk,tapi apa2 pun kena tanya yg bawak lagu ni la...
Nak tahu sape??
scroll bawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
                                   
Baca en3 terkaitnya di SINI

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. EHEHE ade jugak cikgu gedik ni ek?

    BalasPadam
  2. confirm x kena kacau kalau nyanyi cam cikgu ni..hehehe.. :)

    BalasPadam
  3. @faizatulfariza
    kahkahkah...sure puteri ulek mayang tekejut beruk tgk cikgu ni nyanyi lagu sambil panggil dia

    BalasPadam

jerit kat sini