Ceritaku:Seorang Suami,Seorang Ayah Dan Sebuah Kematian

Ceritaku:Seorang Suami,Seorang Ayah Dan Sebuah Kematian

Loading...


Merenung sejenak dalam diri..musibah ini berlaku baru beberapa detik dalam perjalanan sebuah kehidupan.

Terkedu saya saat menerima khabar tentang sebuah kematian seorang saudara jauh..tentang kisah disebalik kehidupan yang dilaluinya..

Puas saya berfikir,merenung,muhasabah diri..akhirnya dengan amat payah saya kongsikan cerita ini demi suatu pengajaran buat semua yang bergelar suami,ayah...isteri juga merangkap ibu..

Beberapa tahun yang lepas..

Keluaga kami dikejutkan dengan berita serang saudara perempuan yang masih gadis ingin berkahwin dengan lelaki yg tentunya bukan lagi bujang,bukan juga duda,tetapi suami orang!!

Seluruh keluarga terkejut yang amat..berbagai nasihat diberikan namun langsung tidak diendahkan oleh sigadis...nasihat ibu/ayah juga tidak diendahkan bahkan gadis ini siap mengugut untuk berkahwin disempadan jika keinginannya utk berkahwin dengan jejaka pilihan hati dihalang..

Jadi kerana bimbang andai anak nya berbuat perkara2 yg diluar dugaan dalam terpaksa siayah akhirnya menikahkan sendiri anaknya dengan pilihan hatinya..

Alkisah cerita sisuami..

Suami sedara saya ini adalah seorang suami orang mempnyai anak seramai 5 orang.dari bersekolah menengah hingga yg belum sekolah..

Anak sulungnya mengambil SPM tahun lepas..

Sejak ayahnya menambah cawangan lagi satu,siayah x pernah balik lagi kerumah,bertanya khabar anak2 jauh sekali..

Sianak dengan penuh sabar pergi ketempat kerja ayahnya..untuk meminta sedikit perbelanjaan sekolahnya juga adik2nya,namun setiap kali itulah siayah akan mengelak dari berjumpa dgn anaknya..

Perhatian siayah hanya buat isteri baru dan juga anak barunya...

Keadaan begitu berlarutan hingga bertahun2..
Isteri terdahulu terpaksa bekerja dikedai makan demi mencari rezeki buat anak2 yang seramai 5 orang itu..

Susah senang ditanggung sendiri.

Ajal maut,jodoh pertemuan ditangan tuhan..

Saat isteri barunya mengandung anak kedua,sisuami meninggal secara mengejut,semuanya tidak terduga..

Kata orang bermadu itu manis,tapi dimana manisnya jika begini keadaannya...
Kalau begitulah benarkah ungkapan "Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu?"

Ramainya yang menziarahi jenazah arwah...kereta penuh hingga kehujung jalan..

Saya berada diluar rumah arwah ketika itu,nak masuk kedalam..penuh dengan orangramai yang menziarahi jenazah..

                                                             sekadar hiasan


Selepas jenazah dibawa ke kubur untuk dikebumikan saya,suami dan anak2 terus pulang kerumah,sebelum itu kami anak beranak singgah dikedai..makan malam dulu..maklum..perut pun dah macam2 bunyi lagunya..

Masa makan,suami saya diam aje...ntah apa yang difikirkan,saya pun tak tahu...saya biarkan dia melayan perasaan..

Sejurusnya..suami saya berkata"Tie...abang tgk bekas letak duit untuk sedekah pada arwah ..orang yg menziarah ramai,semuanya bos-bos,berjawatan besar,namun x de sorang pun yg bersedekah utk simati..x pernah lagi abang tengok keadaan macam ni..

Owh saya baru perasan,masa saya keruangan  tempat kaum2 perempuan pun macam tu juga..bekas duit tu kosong..mulanya saya ingin juga bersedekah,tapi ntah macamana saya lupa sampailah keakhirnya,bila suami menegur begitu,baru saya terpikir...

Untuk makluman saya bukannya kenal sangat dengan arwah..cuma nampak dari jauh..tu pun adalah sekali dua je..jadi saya langsung tidak tahu bagaimana orangnya,kebetulan anak kawan saya berkawan baik dengan anak sulung simati,itu yang banyak dengar cerita dari kawan saya.Jadi sedikit sebanyak saya tahu jugalah bagaimana keadaan keluarga dari isteri pertama arwah..

Malam itu kami makan malam dengan senyap,masing2 melayan perasaan...

Kebetulan..ada sedara kami yang kekubur arwah semasa pengebumiannya,
Sedara kami bagitau pada masa kubur digali,tanah kubur x berhenti runtuh,puas digali...runtuh lagi...walhal sebelumnya x pernah pun berlaku sebegitu,Dah siap liang lahat digali,air pula banyak dalam liang lahat.

Yang anehnya dah hampir seminggu cuaca panas,hujan pun tak...tak tahu darimana punca air..

Jadi saya tak nak berfikir buruk,kena pikir yang baik2 jer..mungkin itu bahagian arwah,bahagian kita belum tahu lagi macamana...

Jadi sedikit nasihat saya buat para suami..

-agar jangan ambil risiko utk berkahwin lagi. Amalan poligami sangat berat. Jika tiada alasan yg munasabah, jgn cuba2….risiko sangat besar…hidup anda tidak akan enjoy…penuh dgn tanggungjawab yg akan di tanya di akhirat nanti.


-Jangan cuba cari cinta baru….dan jangan saja2 mencari isteri baru.


Kecuali….
Memang cinta berkurun dipendam tak dapat dibendung, cinta telah disemai bertahun2 dulu….sprt kekasih lama… maka lebih baik kahwin…tapi jangan saja2 mencari cinta.(pastikan dapat keizinan dari yg pertama dulu)


-Atau tiada anak…. Zuriat sgt penting…
atau isteri sakit bertahun2…tidak dapat menikmati tuntutan batin….


-Berkahwin lebih baik dari zina….zina musibah sangat besar….
-biar masyarakat hina sebab kahwin lagi…tetapi jangan Allah yg hina sebab zina.


Please…jangan mencari cinta jika hidup telah sempurna….


-Kadang2 niat membantu…tetapi akhirnya anda akan jadi hamba kepada isteri….sebab di ugut dgn pelbagai tanggungjwab. Anda akan rungsing sepanjang hari..


-Seorang peniaga ada sebuah kedai…..pening kepala fikir….selapas 10 tahun tambah 1 kedai lagi…org nampak macam bertambah kaya…memang betul…tetapi peniaga itu akan bertambah pening…(contoh)


-Maaf….ingat…kalau cinta tak dapat dibendung…istiharoh..dah kahwinlah…dan jutaan pohon pada mayarakat yg membaca…tolong bagi sokongan…jgn mencela poligami..jgn menghina org yg poligami….jgn menyindir poligami…


Buat Para isteri yg telah dimadu..
Allah bersama anda…mati tak bawa suami..tak bawa anak..tak bawa harta..tak bawa pangkat…
Gunakan kudrat yg ada untuk perhambakan diri kpd suami…syurga habuannya…..doakan utk suami..senyum untuk suami…
redho…sabar…tawakal….itu formula


Dengan syarat…..anda amalkan syariat agama…amal agama…amal sunnah…insaALlah berjaya dunia akhirat.

Renung-renungkanlah..
Wassalam..




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cantik nasihat dan renungan yg akak beri..Tq.

    BalasPadam
  2. Bagusnya nasihat ni, renungan bersama

    BalasPadam
  3. @Mak Wardah
    tq..sebenarnya sy sngt geram bila lelaki kawen lgi satu dan berat sebelah..x leh nak cerita

    BalasPadam

jerit kat sini