Loading...
Anda Pernah Dikutuk?
Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?
Tersenyumlah.
Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama' juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah.
Allah SWT juga pernah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An'am: 108).
Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?
Tersenyumlah.
Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma'sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.
Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah.
Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah.
Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya.
Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah.
Maka: Jangan buat salah!Jangan terlalu kecewa andai tersalah.Jangan takut nanti salah. Jangan ulangi perkara salah. Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah. Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah.
Sedih bila dikutuk..namun..
pesan saya hanya satu..
Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar, dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat.
Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain...
Senyum sahajalah...hanya Allah yang tahu

2 Ulasan
alhamdulillah ,tq sis, bagi semangat tuk hidup yg disisih org..
BalasPadamjangan cepat mudah putus asa..mengadu pada yang satu...yang maha esa
Padamjerit kat sini