Loading...
Marilah sertai Kelab Suami Setia
Seorang kawan saya bernama Taat. Taat bin Kamil. Tidak lama dahulu, ketika heboh isu Kelab Isteri Taat (KIT), nama Taat pun ikut jadi heboh juga.
Ramai orang bercakap mengenai ‘kehebatan’ Taat yang kononnya beristeri ‘ramai’ hingga menubuhkan kelab.
Hakikatnya bukanlah begitu. Taat punya hanya seorang isteri. Seperti kebanyakan lelaki, Taat pun mungkin mahu juga beristeri lebih (ini saya yang kata, bukan dia) . Tetapi untuk itu, bukan semua lelaki yang mampu.
Hanya yang benar-benar hebat lagi istimewa sahaja boleh melepasi halangannya yang serba mencabar itu.
Kelab Isteri Taat - manis sungguh nama itu. Tapi yang anehnya, apabila seorang pemimpin KIT bersuara, ramai yang curiga. Lelaki pun ada yang curiga.
Barang kali lelaki yang curiga pada KIT sama seperti lelaki berumur 40 ke atas melihat balang gula.
Ya, gula memang manis, memang sedap dan minuman yang tidak ada gula, rasanya tawar, tidak sedap. Tapi manisnya gula juga adalah racun. Apabila terkena penyakit kencing manis, merana zahir dan batin.
Begitulah curiganya sesetengah lelaki apabila mendengar nama KIT.
Tetapi pada saya, kecurigaan orang ramai, terutama lelaki kepada kelab itu, lebih disebabkan kaitannya dengan bekas pemimpin Al-Arqam.
Cuba jika tidak ada kaitan antara KIT dengan kumpulan itu, berbondong-bondong agaknya para suami menghantar isteri masing-masing masuk KIT. Sekurang-kurangnya dapat selesai separuh daripada urusan memujuk rayu isteri bagi mereka yang punya hajat pasang satu, dua atau tiga lagi.
Cerita pasal poligami, lelaki biasanya akan guna alasan ikut sunnah. Kita selalu terlupa bahawa hukum nikah bukan hanya satu itu saja tapi ada lima iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram.
Yang haram itu kita selalu lupa kerana apa juga keadaannya, yang diingat jika pasang lagi dan lagi, hukumnya ikut sunnah nabi walhal banyak cara lain lagi jika mahu diikut sunnah nabi.
Tidak! Saya bukan antipoligami. Mati hidup balik pun saya tak akan antipoligami dan bagi yang biasa mengikuti tulisan saya, ini juga bukan petanda saya sudah buang tebiat.
Cumanya saya mahu bawa kita semua merenung soal hukum yang sebenar, dan jangan cuba hendak memanipulasi hukum untuk semata-mata kerana mahu puaskan nafsu kerana hukum yang sudah termaktub adalah hukum Allah. Jangan buat main-main!
Ada pun, ramai lelaki mahu berpoligami seumpama memeluk gunung. Nafsu dan keinginan besar tapi sebenarnya tak mampu. Yang tak mampu itu disimpan senyap-senyap dalam kocek supaya hajat mahu memeluk gunung yang sudah menggunung, tidak terhalang.
Untuk poligami yang seperti ini, hukumnya adalah haram.
Saya pernah jumpa lelaki poligami yang tidak bekerja. Makan minum isteri-isteri yang tanggung. Dan hidupnya hanya seperti .... sendiri fikirlah (dan isilah tempat kosong itu)!
Ya, benar Islam membenarkan poligami tapi syaratnya sangat ketat. Jelas dalam al-Quran, disebut jika mampu dan jika tidak, cukup hanya satu. Meskipun boleh tetapi bukan untuk sembarangan lelaki.
Jangan mulut saja kata sunnah tapi hati pada nafsu. Perlu ada ilmu. Perlu juga timbang soal kesihatan. Yalah, apabila meter sudah banyak, jam terbang juga sudah banyak, jangan syok sendiri soal ‘pick up’.
Memanglah ada banyak pakej ‘untuk lebih kilometer’, urut, pil, tongkat ali dan pelbagai tapi betulkah ada jaminan?
Kalau benar mahu berkahwin, biarlah sihat seluruh anggota badan, sebelum dan selepas. Jangan benda yang sudah tidak mahu, dipaksa-paksa, ditelan ubat pelbagai untuk lebih 'power'!
Tengok iklan bateri Energizer pun meleleh air liur, maklumlah 'tagline'nya, LEBIH KUAT, LEBIH TAHAN LAMA!
Sebab itu, perkahwinan tidak boleh hanya menjurus pada nafsu. Ikutlah resmi orang berilmu. Jika mahu dan mampu tambah isteri, biarlah menyeronokkan seluruh anggota badan, jangan hanya yang satu saja.
Sebab yang satu itu, seronoknya tidak lama. Apabila datang sakit kepala, seronok yang satu itu pun boleh hilang juga.
Kalau sudah begitu keadaannya, masuklah sahaja kelab yang akan saya tubuhkan - Kelab Suami Setia.
MUHAMAD MAT YAKIM
p/s...akak dah balikkkk...penat tapak kaki lum hilang lagi..rindu blog,rindu FB...rindu nak pot pet,pot pet....

0 Ulasan
jerit kat sini