Loading...
Beberapa minggu lagi nak nikah, bakal pengantin lelaki dah tak tahan telinga. Kenapa pulak ? Dia dengar dari orang kampung yang bakal pak mertuanya kaki nombor ekor dan memang terkenal sebagai kaki 'cai' nombor di warung berhampiran rumahnya. Ini bukan rahsia lagi bagi orang kampung.
Dalam usia umur 60-an, bakal pak mertua dia tak serik-serik beli nombor ekor. Tambah menyakitkan hati, duit beli nombor ekor itu adalah hasil pemberian anak-anak dia setiap bulan. Belanja kat rumah, bapak dia tak keluarkan sebab anak-anak dia yang bantu. Menyiraplah darah bakal menantu bila kena sindir macam ni.
Nak percaya terus pun tak boleh juga, maka satu hari tu bakal menantu jadi penyiasat. Maka dia jumpalah bakal pak mertua dia duduk kat warung tengah mengecai nombor sampai berkecai. Mengeleng kepala dia bila tengok dengan mata kepalanya sendiri.
Diringkaskan cerita, satu hari tu bakal menantu pergi jumpa bakal pak mertua kat rumah. Dinasihatkanlah pak mertuanya. Katanya dengan nada yang baik. Tapi, rupa-rupanya pak mertua melenting. Keesokan harinya, diberitahu oleh bakal pengantin perempuan yang bapanya tak mahu jadi wali. Lepas tu dia suruh anak lelaki iaitu abang kepada bakal pengantin perempuan untuk jadi wali.
Bila dirujuk ke pejabat agama, maka pernikahan tidak boleh dilansungkan tanpa bapa menjadi wali. Kalau hendak juga nikah, kena pergi mahkamah syariah untuk mohon satu proses iaitu 'wali enggan'. Itu penjelasan dari pejabat agama yang menjadikan pasangan ini kusut dan tak lalu makan. Mana tidaknya, kad jemputan dah edar, katering dah tempah, budak kompang dah oder, tukang andam pondan tu pun dah booking.
SEKIAN. SEMOGA JADI PENGAJARAN.
KadiKluang
6 Ulasan
kenapa la main nombor ekor..umur tu dah tua bangka...ruah kata pergi, kubur kata mari...
BalasPadamapa nak jadi pak oi..
BalasPadamKesian juga menantu lelaki itu kan..
BalasPadam@Fendy
BalasPadamhaa..biasa la tu..kta mana2 pun sama...kat kedai nombor tu ,berlambak orng tua,melayu pulak tu
@fandyz
BalasPadamx jd apa dah..siang,malam,pgi ptng keje duk pikir nombor jer,pantang nampak kenderaan eksiden..terus catit nombor...kesiaaan
@Kakzakie
BalasPadamsangat...sangat..sangattt...kesian
jerit kat sini