Makan burger,jangan lupa makan sekali kertas pembalutnya.....

Makan burger,jangan lupa makan sekali kertas pembalutnya.....

Loading...

Malas membuka kertas pembungkus sebelum makan burger? Mungkin anda harus cuba burger yang satu ini. Sebuah syarikat makanan segera dari Brazil, Bob, membuat kertas pembungkus burger yang boleh dimakan.


pastikan hanya kertas ini yg boleh dimakan..ok??


jangan pulak korang makan kertas yg ini...haaaaa....mati kang!!!akak tak tau....aiyoo......


sambung citer burger tadi

Dengan motto "Nao da pra controlar" yang bererti bahawa burger mereka yang sangat lazat membuat orang kehilangan kawalan, Bob menggunakan kertas yang boleh dimakan untuk membungkus burger mereka. 


Pelanggan tak perlu susah susah membuka kertas dan langsung boleh memakan burger dan sandwic yang mereka pesan. Selain mempercepatkan proses makan, pembungkus burger yang boleh dimakan ini juga mengurangkan jumlah sampah kertas di restoran tersebut,. 

Bob adalah syarikat makanan segera dari Brazil yang sudah berdiri sejak tahun 1952. Sayangnya cawangan restoran ini masih belum ada di Malaysia. Setakat ini, mereka mempunyai cawangan di Chile, Portugal, dan Florida, Amerika Syarikat. 

Ketika melawat salah satu restoran Bob, jangan terkejut jika mendapati pemandangan orang-orang yang kelihatan beringas memakan burger sekaligus kertas pembungkusnya seperti di bawah ini.


Haish..makan pelan-pelan....tak hadam kan...


Catat Ulasan

8 Ulasan

jerit kat sini