Kewujudan Pontianak dan bawang di Kampung Serbia

Kewujudan Pontianak dan bawang di Kampung Serbia

Loading...
Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia



KINCIR air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.

BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.

Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.

"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.

"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.

Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.

Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.

Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.

Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.

Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.

Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.

"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi


Penduduk Gantung Bawang Untuk Halau Pontianak
Gantung bawang di tingkap rumah’ itu amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di sebuah perkampungan di Serbia bagi menghalau pontianak selepas kincir angin yang dikatakan menjadi tempat tinggal pontianak itu, runtuh.

Keadaan ini menyebabkan penjualan bawang putih di Bajina Basta di kawasan berkenaan meningkat selepas amaran tersebut dikeluarkan .

Rumah berkenaan didakwa didiami pontianak Sava Savanovic dan dia kononnya akan menghisap darah mereka yang datang ke situ.

Kincir angin itu dibeli oleh sebuah keluarga, Jagodic, namun mereka dikatakan terlalu takut untuk menggunakannya.

Bagaimanapun ia akhirnya menjadi lubuk duit apabila keluarga terbabit menjadikan kincir angin itu sebagai kawasan pelancongan.

Dengan tarikan kisah pontianak itu, ia menjadi tumpuan pelancong, namun hanya boleh dilawati pada waktu siang sahaja.

Selepas kincir angin itu runtuh, penduduk setempat telah menyebarkan khabar angin kononnya pontianak berkenaan telah bebas.

Dalam pada itu, Datuk Bandar di kawasan itu, Miodrag Vujetic mengaku penduduk di kampung tersebut kini berada dalam ketakutan kerana kononnya pontianak itu sedang merayau-rayau dan sedang mencari mangsanya.

“Penduduk dalam keadaan panik, semua orang mengetahui mengenai lagenda itu,’’ katanya.

Vujetic turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menasihat penduduk meletakkan bawang putih di pintu dan tingkat bagi melindungi mereka daripada pontianak yang dikatakan takut dengan bau busuk bawang itu.

Walaupun Sava Savanovic dikatakan pontianak pertama di Serbia, namun terdapat dakwaan lain kewujudan pontianak lain di situ dikenali sebagai Petar Blagojevi?, yang telah mati pada 1724.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini