Benarkah Bunian berkampung di Reaktor Nuklear TRIGA PUSPATI??


Sebenarnya aku pun ada cerita pasal Ustaz Haron Din, the “ghost buster” ni. Aku dulu kerja kat PUSPATI. Apa tu PUSPATI? Yang mana tak tahu aku ceritalah sikit, pusat penyelidikan atom kat Bangi. Tahun 1981, umor baru 26 tahun dan baru balik dari belajar di US dalam bidang kejuruteraan nuklear. Hebat beb, berapa orang yang ada degree ini pada masa tu. Projek pertama aku ialah untuk pemasangan sebuah reaktor nuklear penyelidikan berkuasa I.0 MW yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).

Masa itu teringat ahli kumpulan kami terdiri dari Ir. Dr. Puad Abu (jurutera nuklear – sekarang Pengarah, Bahagian Kuasa Nuklear), Amin Sharifuldin Salleh (fizik nuklear), Syed Azmi dan Syed Nahar (jurutera, sekarang kedua-duanya “Safeguard Inspector” di IAEA, Vienna, Austria), Dr. Ashhar (jurutera elektronik – sekarang TKP, Nuklear Malaysia), Dr. Nahrul Alang Rashid (sekarang pensyarah di UIA), Yusof Ali (sekarang dah pencen sebagai ahli Fizik Kesihatan – Health Physicist), Dr. Gui Ah Au (sekarang di IAEA, Vienna, Austria). Ketua kumpulan ini ialah Dr. Ahmad Tajuddin Ali (sekarang Tan Sri). Juruteknik pula Zul Cina, Zainal Yusof, Kamaruddin serta seorang dua lagi yang saya tak ingat nama mereka. Sorrylah ini cerita lama.

Setelah semua komponen reaktor siap di pasang maka tibalah masanya bahanapi nuklear di isi dalam teras reaktor (reactor core). Satu, satu batang bahanapi di ukur dengan tepat dan diisi dalam kedudukan yang telah ditentukan bagi setiap batang rod bahanapi. 


Sebelum bahanapi mula di isi, kami telah mendapati ada sesuatu yang tak kena dengan salah satu dari rod kawalan (control rod) yang kami panggil “transient rod”. Sebagai reaktor penyelidikan, RTP boleh membuat operasi “pulsing”. Jadi rod transient inilah yang akan dilonjak keatas menggunakan sistem pneumatik bagi mendapatkan kaedah “pulsing” ini.



Puas kami termasuk pakar pemasangan dari syarikat pembekal reaktor membuat pemeriksaan dan buat ujian, tak juga dapat dicari punca masalah. Tiba masanya apabila pengisian bahanapi telah hampir ke tahap “critical mass”, maka Pak Menteri Sains pun telah dijemput sama untuk menyaksikan satu detik bersejarah - the first nuclear reaction to achieve criticality on Malaysian soil. 


Dengan Dr. Ahmad Tajuddin Ali sebagai Ketua Kumpulan, bertugas sebagai pengendali di panel kawalan dalam control room, maka RTP telah berjaya mencapai tahap “super critical” dan di stabilkan di tahap kritikal sejurus selepasnya.

Malaysia pada saat itu telah masuk ke alam teknologi nuklear. Mungkin ramai yang tersenyum bangga tapi bagi kami jurutera pemasangan hanya mampu tersenyum kambing sebab untuk membolehkan sejarah tersebut tercipta kami telah bersetuju supaya rod transient (yang masih lagi rosak) ditarik keluar secara manual dan di gantung dengan tali. Kah, kah, kah…… ikat dengan tali? Tak hitech langsung!



Berbalik kita kepada cerita Ustaz Haron Din. Masa tu Ketua Pengarah PUSPATi adalah Dato Prof Ghazali (arwah) yang dipinjamkan dari UKM. Bila Dato Prof Ghazali mendengar tentang masalah rod transient yang tidak berfungsi walaupun telah diperiksa dan di buat ujian dengan teliti. 


Akhirnya tanpa pengetahuan kami, Dato Prof Ghazali telah memanggil Ustaz Haron Din, kawan baik Dato dari UKM. Semasa Ustaz Haron Din sampai, itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Maklumlah saya baru balik dari US, manalah mengikuti sangat siaran agama di TV. 

Muka Ustaz nampak serius. Semasa menanggalkan kasut, kepala saya telah terantuk dengan kepala Ustaz Haron Din dengan tak sengaja. Saya minta maaf berkali-kali, tapi Ustaz Haron Din nampak masih serious dan tak mahu tersenyum.


Setelah membawa beliau ke semua pelusuk bangunan reaktor, kami pun keluar. Diluar semasa berjumpa dengan Prof Ghazali, Ustaz Haron Din memaklumkan apa yang akan mengejutkan kami. Katanya bangunan reaktor tersebut telah dibina di atas kampong orang bunian. Jadi anak-anak nakal orang bunian inilah yang telah mengganggu tugas serta peralatan kami. 

Prof Ghazali telah bersetuju dengan cadangan Ustaz Haron Din supaya Penghulu masyarakat bunian ini di pujuk untuk berpindah kampung ke satu tempat baru. Tempat yang disyorkan untuk penempatan baru tersebut ialah di Janda Baik.

Untuk dipendekan cerita, kambing pun di sembelih dan kenduri doa selamat pun di adakan. Saya sendiri tak mahu terlibat dengan langkah-langkah yang di ambil seterusnya. 

Kata orang yang tahu cerita, beberapa buah bas telah di gunakan untuk memindahkan orang-orang bunian ini. Yang hairannya, reaktor RTP tidak lagi mengalami sebarang masaalah teknikal selepas itu. Satu kebetulan atau ini kisah benar? Wallahualam.


unclearengineer.blogspot.com


Ulasan

  1. Selalu jugak dengar cerita macam ni..Memang wujud rasanya makhluk halus macam bunian ni..cuma orang biasa macam kita tak nampak..

    BalasPadam
  2. rasa2 mcm cerita tak betul. refer sini. Haron Din TAK pernah pindah makhluk halus menggunakan bas.

    BalasPadam
  3. Hehe... p/s Currently working here.... :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?