Loading...
UMAAT adalah hari yang unik dan istimewa di kalangan umat Islam. Kemunculan sinar mentari penghulu segala hari itu sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meraih keberkatan.
Antara kelebihan Jumaat kepada seluruh umat Islam apabila semua makhluk Allah merayu belas kasihan kepada-Nya. Abi Lubabah al-Munzir memberitahu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “…Tidak ada satu malaikat sekalipun yang hampir dengan Allah, langit dan bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada hari itu).” (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah).
Kenyataan Baginda itu memberikan gambaran bahawa Jumaat adalah hari yang diakui kehebatannya seluruh makhluk Allah. Justeru, mengapakah kita sebagai manusia membiarkan hari mulia itu sia-sia tanpa amalan?
Kedua, Rasulullah berkata Jumaat adalah hari yang penuh dengan peristiwa. Kata Baginda, “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah Jumaat.
Pada hari itu, diciptakan Adam pada hari Jumaat, dimasukkan ke syurga pada hari Jumaat, dikeluarkan daripada syurga juga pada hari Jumaat dan tidak berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim).
Malah hari berkenaan turut tersingkap pelbagai peristiwa dan amat wajarlah sebagai umat akhir zaman memperbanyakkan amal ibadah serta amalan kebajikan.
Ketiga, Rasulullah berpesan supaya menggunakan hari itu untuk berdoa kerana terdapat satu tempoh yang sangat diberkati dan mustajab di sisi Allah.
Doa yang dipohon hamba-Nya diperkenankan Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari Jumaat ada satu saat yang mana sekiranya berkebetulan dalam solat seseorang hamba lalu dia bermohon sesuatu kepada Allah, pasti diberikan apa-apa yang dimintanya sambil Baginda mengiisyaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa singkatnya saat itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Allah suka kepada hamba-Nya yang gigih dalam berdoa. Justeru, kita perlu menjadikan Jumaat sebagai hari memperbanyakkan amalan dan berdoa.
Jangan anggap keistimewaan hari Jumaat itu hanyalah kepada aspek Khutbah dan solat Jumaat semata-mata. Ada beranggapan mudah apabila sudah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid, maka tamatlah keistimewaan.
Hal itu sebenarnya dikhabarkan sendiri Rasulullah sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Akan dilipat ganda pahala yang dilakukan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat at-Tabrani).
Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya pada hari Jumaat, seluruh makhluk termasuklah jin dan manusia akan gementar, dan pada hari itu juga dilipat gandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana berlakunya Kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah)
Satu lagi amalan yang tidak seharusnya ditinggalkan adalah selawat ke nabi. Jumaat adalah hari paling afdal kepada kita untuk mengamalkannya.
Pesan Rasulullah, “Hendaklah kamu membanyakkan berselawat atasku pada setiap Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak berselawat atasku, dia paling hampir kedudukannya denganku.” (Hadis riwayat Bukhari).
ANTARA KESILAPAN UMAT ISLAM PADA HARI JUMAAT
Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.
Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”
p/s Jumpa lagi Isnin depan....hari ini on the way ke Klang...
Salam Jumaat...
wassalam..

0 Ulasan
jerit kat sini