Loading...
KULIM - Seorang peniaga makanan yang tinggal di Taman Tungku Putra terkejut apabila mendapati ranting dan akar kayu yang mahu dibuangnya berbentuk kepala binatang.
Hulu ranting menyerupai kepala khinzir.
Othman Ali Babjan berkata, sebelum ini dia sememangnya menjual akar kayu untuk dijadikan ubat-ubatan tradisional.
Menceritakan 'penemuan' itu, menurutnya ketika itu dia sedang mengemas untuk membuang barangan lama yang disimpan di dalam stor, namun kemudiannya terjumpa beberapa ranting dan akar kayu.
Katanya, dia kemudiannya mematahkan ranting itu supaya ia lebih mudah dimasukkan ke dalam bakul sampah.
“Apabila saya cuba patahkan ranting ini, saya dapati ia liat. Setelah saya buang, saya rasakan seperti ada sesuatu pada ranting itu.
Wajah pada akar kayu
"Saya kemudiannya membelek ranting itu dan menemui wajah misteri. Saya beranggapan apa yang berlaku adalah kekuasaan ALLAH dan ia bukanlah sesuatu yang menakjubkan.
"Pada hulu ranting itu terbentuk kepala khinzir manakala di tengahnya pula terdapat wajah mengerikan. Bagaimanapun saya menyimpan ranting itu semula dan menutup bahagian terlibat dengan kain,” katanya.
Menurutnya ada dalam kalangan pengamal perubatan Melayu tradisional berpendapat ranting itu berpenunggu dan ia harus di pulangkan di tempat dimana ia ditemui.

0 Ulasan
jerit kat sini