Kembar..Tapi Tidak Juga Kembar,Macamana Tu??

Kembar..Tapi Tidak Juga Kembar,Macamana Tu??

Loading...
Anak kembar biasanya akan nampak mirip, seumuran atau berpenampilan sama. Namun dalam kes-kes tertentu anak-anak kembar boleh tergolong unik kerana berbeza satu sama lain. Ini kes-kes anak kembar yang tergolong unik dan tidak biasa dari seluruh dunia:

 1. Kembar tapi beza warna, satu hitam satu putih Kian dan Remee (7 tahun) merupakan saudara kembar yang dilahirkan dari rahim ibu yang sama. Tapi jika dilihat, dua gadis ini kelihatan sangat berbeza. Kian mempunyai kulit yang hitam, rambut hitam dan mata coklat besar, kelihatan seperti gadis keturunan Afrika. Sedangkan Remee berkulit putih, rambut perang dan mata biru layaknya gadis


Meski tampak berbeza, dua gadis ini benar-benar kembar yang lahir dengan jarak hanya satu minit.

 Kian dan Remee mewarisi 1 dari 1 juta kombinasi gen ibu bapa mereka, ibu berkulit putih sedangkan ayah berkulit hitam. Walaupun berbeza warna kulit, rambut dan mata, saudara kembar ini mempunyai senyum nakal yang sama dan mempunyai ikatan batin yang sangat kuat.

Kini mendekati ulang tahunnya yang ketujuh, Kian dan Remee tidak pernah bertanya mengapa mereka tidak kelihatan sama, juga tidak pernah menghadapi prasangka perkauman. "Mereka seperti contoh sempurna. Mereka tidak peduli dengan warna kulit mereka. Ini bukan menjadi masalah besar yang seperti orang lain lihat. Hal ini tidak penting sama sekali bagi mereka, "ujar ibunya Kylee Hodgson (25 tahun), yang tinggal di Dudley, West Midlands, seperti dilansir Dailymail, Sabtu (31/3/2012).

Kian dan kakaknya Remee yang berumur 60 saat lebih tua, lahir pada April 2005 melalui operasi caesar. Saat lahir, Kylee mengatakan dua gadis kecilnya mempunyai mata biru yang indah, tapi rambut Remee perang sedangkan Kian hitam dengan warna kulit lebih gelap. Kian dan Remee kecil kelihatan hampir sama.

Kylee pun berfikir keduanya akan kelihatan sama dengan berjalannya waktu. Namun semakin besar, perbezaan pada dua gadis ini semakin menonjol. Warna mata Kian berubah menjadi gelap dan kulitnya pun semakin gelap. Kulit Remme tetap putihh dengan rambut keriting pirang. "Orang-orang akan bertanya kenapa kami menggunakan anak-anak dengan pakaian yang sama. Saya hanya akan mengatakan kerana mereka kembar.

Banyak yang tidak percaya dan pergi, semacam kesal dengan saya pada mulanya. Tapi semua orang di kawasan saya harus tahu mereka adalah saudara kembar dan menerimanya, "ujar Kylee.


Kemungkinan perkahwinan campuran untuk mendapatkan anak kembar beza warna sangat kurang, hanya 1 berbanding 1 juta. Warna kulit diyakini ditentukan oleh tujuh gen berbeza yang bekerja sama. Jika ibubapa berasal dari bangsa campuran, telur atau sperma akan mengandungi campuran kod genetik untuk kulit baik hitam dan putih.

Namun, jika kedua-dua telur dan sperma mengandungi semua gen putih, bayi akan mempunyai kulit putih. Dan jika keduanya hanya mengandungi versi yang diperlukan untuk kulit hitam, bayi akan menjadi berkulit hitam.

2. Kembar tapi beza ayah

Putra kembar dari Charlotte Hilbrandt, Marcus dan Lucas tidak identik alias mempunyai perbezaan fizikal dan mental yang nyata. Marcus berperawakan pendek, gemuk, bertenaga dan berambut merah, sedangkan Lucas lebih jangkung, berambut perang dan cenderung tenang.

Tak hairan jika sifat anak kembar ini sangat berbeza, sebab ujian DNA mengungkap fakta yang sangat mengejutkan.

Marcus dan Lucas adalah saudara kembar dari satu ibu, namun dipastikan 100 peratus keduanya berasal dari 2 ayah yang berbeza. Kes ini hanya terjadi pada 1 dari 1 bilion kelahiran anak kembar, kerana kedua-duanya berasal dari ayah yang berbeza.

Charlotte Hilbrandt, perempuan 36 tahun asal Aalbaek, Denmark cukup beruntung dikurniakan anak kembar yang kini sudah menginjak usia 6 tahun.

 Keduanya yakni Marcus dan Lucas sama-sama lahir tanggal 23 Ogos 2005 dan hanya terpaut tepat 48 minit. Meski lahir hampir sama, kedua-dua anak kecil ini tidak kembar alias mempunyai perbezaan fizikal dan mental yang nyata. Marcus yang lahir lebih dulu pada pukul 01.35 berperawakan pendek dan gemuk namun enerjetik dan berambut merah, sedangkan Lucas yang lahir pukul 02.23 lebih jangkung, berambut perang dan cenderung tenang.

Tak hairan jika sifat kedua-dua anak kembar ini bagaikan bumi dan langit, sebab hasil ujian DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) mendedahkan sebuah fakta yang sangat mengejutkan. Marcus dan Lucas adalah saudara kembar dari satu ibu, namun dipastikan 100 peratus keduanya berasal dari 2 ayah yang berbeza!

Sebelum mengandung anak kembar, Charlotte berstatus sebagai isteri dari Michael dan telah mempunyai 2 anak yakni Philips (12 tahun) dan Victor (8 tahun) . Namun pada Ogos 2004, pasangan suami isteri ini bercerai kerana merasa ada perbezaan yang tidak mungkin lagi dipertahankan.

Kerana tidak mahu terlalu lama menjanda, Charlotte  bertemu kekasih barunya bernama Tommy di sebuah bar di Aalbaek.




Bayi kembar biasanya lahir hanya terletak beberapa minit, tapi hal itu tidak berlaku bagi Reuben Blake dan adiknya Floren Blake.

 Mereka adalah saudara kembar tetapi berbeza masa lahir hingga 5 tahun. Reuben dan Floren Blake merupakan saudara kembar yang lahir dari batch embrio yang sama, yang dihasilkan daripada rawatan IVF (In vitro fertilisation atau bayi tabung) dari sel sperma dan sel telur ibu bapa.

Tapi sementara embrio Reuben berjaya ditanamkan pada tahun 2006, embrio Floren yang berusia 7 minggu terus dibekukan sehingga tahun lalu. Kini kedua-dua ibu bapa mereka, Jody dan Simon, merasakan sangat senang boleh berkongsi cerita tentang perbezaan usia yang luar biasa di antara anak 'kembar' mereka.


3. Kembar tapi yang satu kerdil

Sienna dan Sierra Bernal adalah kembar dari Texas yang memiliki rambut perang panjang, suka berbelanja dan senang berlakon dan menyanyi. Tapi persamaannya terhenti di situ kerana salah satunya mempunyai gangguan dwarfisme (bertubuh kecil). Si kembar ini mempunyai tubuh yang berbeza jauh kerana satu normal satu kerdil.


Sierra mempunyai tinggi 152 cm dan berat badan 35,1 kg, sedangkan Sienna atau akrab dipanggil Sinny mempunyai tubuh lebih pendek iaitu bertinggi badan 121 cm dan berat badan 12.6 kg.

Keadaan ini menjadikannya satu-satunya kembar di dunia yang mana salah satunya mengalami primordial dwarfism (gangguan pertumbuhan yang membuatnya bertumbuh pendek). Bahkan selama kehamilan, tubuh Sinny di dalam rahim begitu kecil sehingga doktor tidak mengetahui kalau kehamilan Chrissy (ibunda si kembar) adalah kembar hingga usia kehamilan 6 bulan, Chrissy pun melahirkan sebulan kemudian (usia kehamilan 7 bulan).

 Saat dilahirkan berat badan Sinny hanya 0,45 kg lebih kecil berbanding Sierra, tapi ia mempunyai beberapa masalah kesihatan yang lain, iaitu sebuah lubang di tengah-tengah, adanya bahagian otak yang hilang (dikenali dengan sindrom Dandy Walker) dan penyakit paru kronik. Sedangkan Sierra lahir dengan keadaan tubuh yang sihat.

 Masalah kesihatan yang dimiliki oleh Sinny sejak lahir tidak memberikan petunjuk bahawa ia akan mempunyai primordial dwarfism. Dan keluarga diberi diagnosis tersebut apabila usia Sinny belum genap 6 tahun. "Kami pergi ke ahli genetik dan pada saat itu lebih dari 1 doktor yang kami temui, setelah melalui beberapa ujian barulah ia didiagnosis sebagai primordial dwarfism," ujar Chrissy, seperti dikutip dari FoxNews , Jumaat 24/6/2011).

 Seseorang yang mempunyai primordial dwarfism biasanya mencapai tinggi badan maksimum sekitar usia 12 tahun, sehingga ada kemungkinan Sinny tidak boleh tumbuh lebih tinggi lagi. Selain itu keadaan ini sering disertai dengan masalah pada tulang, gigi, mata atau pencernaan.

Ketika berusia beberapa bulan jantung Sinny mulai diperbaiki, ia harus menggunakan kacamata, dan beberapa waktu kemudian ia menggunakan alat bantu dengar kerana tulang-tulang di telinganya terlalu kecil.

Tapi ia tetap mempunyai senyum dan rasa humor yang tinggi. Berdasarkan data dari Potentials Foundation dianggarkan orang yang mempunyai primordial dwarfism di seluruh dunia kurang dari 200 orang.


 4. Gadis 'kembar cermin'

Dua gadis cantik ini memang kembar yang mempunyai kesamaan DNA, namun kedua-duanya mengembangkan organ yang letaknya saling bertentangan sehingga banyak yang menyebutnya 'kembar cermin'. Gadis kembar Erin dan Ashley Hatfield (23 tahun) berasal dari monozigot, yang bererti tubuh mereka terbentuk dari satu telur yang disenyawakan seperti kembar yang lain.


Yang unik, organ-organ dalam mereka kelihatan seperti bayangan pada cermin yang saling bertentangan.



Catat Ulasan

5 Ulasan

jerit kat sini