Header Ads

Inilah Gambar Diana dan Dua Puteranya yang Belum Pernah Dilihat

loading...
Gambar ini diambil oleh Lord Snowden, menunjukkan Puti DIana bergambar dengan dua anaknya ketika masih kecil.

     Gambar mendiang Puteri Diana dan dua anaknya, Putera William dan Putera Hanry, yang belum pernah ditunjukkan akhirnya dipamerkan di acara BBC 's Antiques Roadshow, semalam. Gambar ini pun mengundang  kekaguman para ahli.


      Dalam foto itu, tampak Puteri Diana berpose formal tapi dengan senyum berseri-seri, sementara William dan Harry berlutut tampa menggunakan alas kaki di kedua-dua sisi Diana. Berbeza dengan ekspersi ibu mereka, kedua-dua putera itu tampak murung.


       Ceritanya, kedua-dua putera itu rupanya sudah bosan pada sesi fotografi itu. Tapi secara tiba-tiba mereka ditarik untuk ikut berpose. Gambar diambil oleh Lord Snowden, bekas suami Putri Margaret.
Pembantu peribadi Lord Snowdon yang menyebutkan namanya hanya sebagai Evelyn menceritakan kisah foto tersebut. Kala itu adalah akhir dari sesi foto. Dua putera itu berpakaian rasmi dan ibunya tiba-tiba membawa mereka untuk ikut bergambar.


      Clive Farahar, seorang ahli mengatakan, ini adalah gambar yang sangat hebat. Anak-anak itu mengenakan pakaian yang sederhana kenegaraan dan tidak memiliki kasut. "Pengasuh rupanya juga memberi mereka kaus kaki sejauh yang saya boleh melihat," katanya.
Selain foto ini, ada juga beberapa foto lain yang belum pernah dipamerkan dipaparkan dalam acara ini. Tapi Farahar sangat berminat pada yang satu ini.
Loading...

1 ulasan:

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.