Ini Doa Balas UMNO Kepada PAS

Ini Doa Balas UMNO Kepada PAS

Loading...
Doa PAS supaya UMNO dan BN hancur ketika muktamar parti itu baru-baru ini dibalas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO. Mohamad Affandi Yusof,Selasa malam.


Muhyiddin diakhir ucapan perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012, di Dewan Merdeka, PWTC mengetuai doa menjauhkan orang Islam menjahanamkan sesama sendiri.

Antara doa dibaca Timbalan Perdana Menteri itu seperti berikut:

“Ya Allah, Ya Tuhan Kami!, Terimalah doa kesejahteraan buat sekelian kami, Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai,”.

Muhyiddin juga berdoa supaya Allah kurniakan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO.

Terdahulu, Mohamad Affandi yang membacakan doa bagi memulakan majlis perasmian itu mngejutkan perwakilan tiga sayap parti dengan doa ditujukan kepada PAS.

Dalam doanya, beliau mohon dibukakan pintu hati saudara Islam dalam PAS untuk kembali ke jalan Allah dan kebenaran.

Beliau juga meminta Allah menggerakkan hati ahli dan pemimpin PAS untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi memartabatkan agama Allah,bangsa Melayu dan Malaysia.

Mengulas doa-doa berkenaan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, doa dibacakan itu adalah doa lazim dilakukan ikut sunah Rasul dan bukan doa meminta memusnahkan musuh, apatah lagi musuh hanya dalam politik sedangkan bersamaan agama dan bangsa.

“Kita ambil pendekatan kebijaksanaan dan lembah lembut dengan tidak mendoakan rakan kita (PAS) yang telah mendoakan kejahanaman kita sebaliknya kita berdoa semoga terbuka hati dan berpadu demi agama kita dan tidak ketepikan agama lain,”.

“Pendekatan itulah yang diamalkan UMNO selama ini berbanding dengan mereka yang mendoakan kerosakkan kepada musuh politik mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Affandi memberitahu Agendadaily, beliau tergerak hati membacakan doa yang ditujukan kepada PAS dengan niat kebaikan.

“Tiada sesiapa minta saya berbuat demikian. Saya sendiri tergerak hati untuk mendoakan perkara tersebut,” katanya. -


27/11/2012- OLEH ROSLAN BIAN - 27/11/2012

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini