Hantu Terer Baling Tayar Kereta...Haish..

Hantu Terer Baling Tayar Kereta...Haish..

Loading...
Hantu baling duit syiling
GAMBAR menunjukkan kedai tayar yang didakwa berhantu di Yorkshire, Britain.

LEEDS - Sebuah kedai tayar di Yorkshire, Britain didakwa berhantu, lapor sebuah akhbar .

Menurut pemiliknya, Nick White, hantu itu membuat kacau di kedai berkenaan yang merupakan bekas sebuah gereja kecil dan tanah perkuburan semasa Perang Dunia Kedua.

Tetamu tidak diundang itu membaling batu, duit syiling, menimbun tayar dan mengalihkannya semasa kedai tersebut dikunci pada waktu malam.

Hantu itu kerap muncul dengan memakai pakaian era 1940-an dan pertama kali menjelma pada 2003 tetapi hilang setelah White, 35 mengambil alih kedai tersebut tiga tahun lalu.

Hantu itu muncul kembali apabila dua duit syiling lama tahun 1936 dan 1938 ditemui oleh White dan seorang pekerjanya baru-baru ini.

"Agak menakutkan apabila mengetahui tempat ini berhantu pada waktu malam," kata White.

Menurutnya, pemilik lama kedai itu, Nigel Lee pernah meminta seorang paderi melakukan upacara menghalau hantu tetapi dia masih belum memikirkan untuk mengambil langkah seterusnya.

p/s jadi kira terer r bila hantu tu main ganas ngan baling2 tayar...berat tayar tu..

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Terror hantu tu pandai main baling2...Tuan bengkel tu yg tak pandai baling hantu tu..!

    BalasPadam
  2. @Abil Fikri Ahmad
    haha..hantu tu lum tahu lagi kehebatan bomoh melayu kita...x yah nak baling2...
    skali bomoh kita hembus je...nunn...hujung dunia hantu tu tercampak...terer bomoh kiter...

    BalasPadam
  3. @yaya ade
    siap main baling2 agi..haha..patutnya bagi bola nettball jer..harus sampai kepagi hantu duk ralit main

    BalasPadam
  4. @Herma Julianny
    haha..hari2 hantu tu main baling2,siang berehat

    BalasPadam

jerit kat sini