Misteri Kehilangan Ayat Quran.Allahuakhbar...

Misteri Kehilangan Ayat Quran.Allahuakhbar...

Loading...
Antara tanda-tanda hampirnya qiyamat ialah Allah akan mengangkat dan dihilangkan keseluruhannya dari kitab al-Quran hanya dalam satu malam sahaja.
Subhanallah....

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. 


Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. 





Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"?

 Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

Pada akhir tahun 80an Malaysia telah digemparkan dengan peristiwa kehilangan surah-surah tertentu didalam al-Quran. Apakah ia merupakan petanda-petanda awal peristiwa besar qiyamat? Sebenarnya telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa akhir zaman kebelakangan ini tetapi peristiwa yang berlaku di Nusantara ini mungkin menunjukkan kebangkitan akhir zaman dimulai di rantau sebelah sini...wallahua'lam.


Peristiwa ini berlaku di Meru, Perak pada tahun 1987 di alami oleh seorang guru quran bernama Hajjah Azizah pada masa itu berumur 51 tahun. Ia berlaku pada pukul 2 pagi di bulan Ramadhan ketika beliau dan kumpulannya bertadarrus di masjid. Ayat-ayat yang didapati hilang ialah Al Mukminun 45-80, An Nur 1-20, 32-47, 61 - hingga akhir dan Al Furqan 1 -11. Setahun kemudian kejadian yang sama dialaminya ketika mengajar tafsir kitab Pimpinan Ar Rahmaan. Ayat-ayat yang hilang ialah Hud 62-70, 77-85, 92-105 dan 113-123.

Dalam satu rancangan misteri Nusantara TV3 pernah menyiarkan kejadian tentang peristiwa kehilangan tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak. Ia disedari oleh Hajjah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun yang telah menggunakan naskhah al Quran tersebut selama 40 tahun. Beliau mendapati kehilangan 4 muka surat yang membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan al Hijr.

Kejadian terbaru yang dikesan pada jun 2010 oleh seorang forumer di acehforum. Di bawah ini adalah gambar menunjukkan kejadian tersebut.






Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Besnis produk kesihatan myherb2u
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
    http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
    Kursus motivasi besnis disediakan
    Stokis/pegedar diperlukan
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    Kelas mengaji Al Quran disediakan
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.

    BalasPadam

jerit kat sini