Lafaz kalimah syahadah pada cincin Barack Obama

Lafaz kalimah syahadah pada cincin Barack Obama

Loading...
" Seorang pakar Islamologi asal AS, Mark A Gabriel, meneliti foto-foto tentang cincin milik Presiden Barack Obama yang kini beredar di internet.

Menurut analisanya, cincin yang selalu dikenakan Obama di jari manis tangan kirinya itu benar mempunyai ukiran bermotif kaligrafi lafaz syahadah.

"Saya menyimpulkan bahawa kalimah pertama syahadah terukir di cincin itu," katanya seperti dipetik laman World Net Daily (WND).

Ia menjelaskan, kaligrafi kalimah 'La Ilaha Illallah' pada cincin Obama terbahagi dalam dua bahagian. Di bahagian atas, tertulis huruf Arab, Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa 'La Ilaha' yang bermaksud 'Tidak Ada Tuhan'.

Lalu pada bahagian bawah, terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa 'Illa Allah' yang bermakna 'Selain Allah'. Jika kedua-dua bahagian tersebut dibaca bersambung maka akan terbentuk kalimah 'La Ilaha Illallah' yang bermakna 'Tiada Tuhan Selain Allah'.


"Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada," ujar Gabriel.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. @EPIK
    lihat maksud tulisan dicincinnya Epik..
    Tiada tuhan....hhhmmm...

    BalasPadam
  2. tiada tuhan....obama ni memg jahat!

    BalasPadam
  3. @Fendy
    betul3..cakap x serupa bikin dia ni

    BalasPadam
  4. bagus Cik, banyak yang belum tahu kalau cincin yang dipakai Obama tertulis kaligrafi kalimat tauhid itu

    BalasPadam
  5. ish3.. x patut! Kenapalah sekarang ni ramai sangat nak hina agama islam?! Kita tak ada pun hina agama TAK BETUL diorng tu! ISH!

    BalasPadam

jerit kat sini