Jaga-jaga...Ada Orang Yang Takut Ditelan Jamban!!!

Jaga-jaga...Ada Orang Yang Takut Ditelan Jamban!!!

Loading...

LONDON: Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan. Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman.

. Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan pergerakan Ney dan terpaksa bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia boleh menggunakan tandas yang dirasakannya selamat.


 Ibu kepada seorang anak itu berkata, bunyi air yang menderu ketika pam ditarik sangat menggerunkan. “Sebaik tandas dipam, bunyi dan cara deruan air itu menyebabkan saya berlari jauh dari tandas,” katanya. 

Menurut Ney, dia hanya boleh berada di sekitar tandas ketika ia dipam jika ada seseorang menemaninya. Kata Ney, ketakutannya bermula sebaik saja memasuki tandas. “Semakin lama berada di tandas, ia semakin mencemaskan tetapi perasaan itu akan hilang apabila saya keluar dari situ,” katanya.

 Ketakutan Ney bermula sejak dia berusia empat tahun. Katanya, ketika itu dia menonton babak tandas boleh berkata-kata dalam filem 1990, Look Who’s Talking Too. 

Dalam filem itu, watak The Toilet Man yang digambarkan mempunyai mata besar, bertaring dan bersuara seram menjerit. Babak itu, kata Ney, menghantuinya sehingga kini.

 “Ketika berusia 11 tahun, saya pernah terkencing dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana saya terlalu takut menggunakan tandas,” katanya. Menurut Ney, dia menjadi lebih takut jika melihat deretan tandas. “Kerana itu saya hanya masuk ke tandas awam jika benar-benar perlu,” katanya.

p/s hadoyyy....ada juga ke orng macam ni

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini