Loading...
KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.
GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.
Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.
Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.
Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.
Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.
"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.
"Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya," katanya
Eeee..pandai cakap bohong...

0 Ulasan
jerit kat sini