Siapakah Pemilik Blog Budak Sebelah Pintu?Jom Kita Terjah...

Siapakah Pemilik Blog Budak Sebelah Pintu?Jom Kita Terjah...

Loading...
Hhhhmmm...adik akak dibalik pintu ke dia??
Jawapannya tentu sekali bukan,saudara pun bukan...
kebetulannya tajuk blog kami hampir2 serupa...
kira adik beadik la yer..

Ikuti kisahnya dulu..

Beliau seorang guru yang kini ‘dipinjamkan’ ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka untuk menjadi tenaga pengajar di sana.

Cerita penuntut lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini, dia memilih nama ‘budak lelaki sebalik pintu’ itu setelah menterjemah bulat-bulat ayat bahasa Inggeris untuk menonjolkan sisi lain dalam dirinya.

Akuinya, dunia blog telah memperluaskan jaringan sosialnya yang selama ini tersekat dek sikap pemalu dan pendiam yang dimilikinya.

bersama ibunya...ensem gak ek??
pic dari pesbuk beliau...
(akak mintak izin ek??)

.COM: Bagaimana boleh terjebak dalam dunia blogger?

HIZAMI: Kalau tidak silap, dalam bulan Mei tahun 2009 baru saya berjinak-jinak dalam dunia blog. Ketika itu, saya masih lagi bergelar penuntut di UPSI. Blog budak lelaki sebelah pintu dibuat untuk berkongsi tentang kehidupan seharian saya dan biarpun sudah lebih tiga tahun blog ini dibina, matlamat asalnya tidak pernah berubah. Cuma pada awalnya, saya jarang membuat post baru. Tapi setelah melihat pengikut-

pengikut meningkat dari hari ke hari, saya semakin teruja menulis blog.

Cita-cita ketika berada di bangku sekolah...

Masa kecil dahulu, ramai yang suka bagi jawapan nak jadi doktor, bomba, askar, polis, cikgu dan macam-macam lagi apabila dewasa nanti. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera. Namun, lama-kelamaan minat menjadi seorang pensyarah mulai timbul. Tapi siapa sangka, saya telah menjadi seorang guru. Biarpun cita-cita menjadi pensyarah tidak kesampaian lagi, tapi impian untuk mengajar telah tercapai cuma yang berbeza hanya umur pelajarnya sahaja. Hehe...

Bagaimana kehidupan ‘budak lelaki sebelah pintu’ semasa di alam persekolahan?

Mungkin pembaca ruangan Blogger Pilihan ini selalu mendengar jawapan bahawa kami (blogger-blogger) ini seorang yang pemalu, kan? Tapi itulah kenyataan. Saya juga adalah seorang yang pemalu. Memang sukar untuk mengikis sikap itu tapi mujurlah, saya dapat menangani masalah itu ketika mengajar. Bukan sahaja pemalu, ketika bersekolah dahulu saya juga boleh dikatakan seorang yang pendiam dan nerd. Saya rasa, semenjak aktif dalam dunia blog ini barulah sikap itu hilang sedikit demi sedikit.

Adakah kamu seorang yang aktif di sekolah?

Hmm... Dahulu, orang yang aktif bersukan akan menjadi pelajar popular jadi saya memang dikategorikan sebagai pelajar yang tidak begitu dikenali bukan seorang yang aktif bersukan. Pun begitu, jangan tidak tahu, saya pernah mewakili negeri (Melaka) dalam pertandingan pantun peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu. Sebenarnya, saya lebih cenderung menyertai pertandingan sebegitu daripada aktif bersukan di padang sekolah.

Apa yang tidak diketahui pengikut blog tentang kamu?

Saya tidak boleh hidup tanpa laptop dan Internet. Walaupun dalam bilik saya mempunyai sebuah televisyen, tapi saya tetap menonton rancangan kegemaran saya secara online. Andai pergi ke kawasan yang tidak mempunyai Internet, saya sanggup pergi ke restoran-restoran atau kafe yang menawarkan penggunaan Internet. Selain itu, kalau mahu menonton wayang atau rancangan televisyen saya akan memilih cerita komedi berbanding genre lain.

Saya jarang melihat filem atau drama yang berat atau serius bukan kerana malas berfikir tetapi untuk memberi ruang kepada diri saya untuk berehat dan bersantai. Lagi satu, saya pasti ramai yang tidak tahu saya mempunyai lekuk (parut) pada bahagian kanan dahi. Saya mendapat parut itu ketika berusia empat tahun. Ketika sedang bersalaman dengan ibu di tangga, saya tergelincir dan tidak dapat mengimbangi badan lalu terjatuh. Tapi selama ini saya berjaya menutup parut tersebut dengan rambut, jadi memang ramai yang tidak mengetahui kewujudan parut itu.

Apa yang kamu takut tentang dunia maya ini?

Percaya tak saya mempunyai ramai klon yang menyamar jadi diri saya. Saya bukan artis, sepatutnya perkara sebegitu tidak patut berlaku. Saya pernah terima mesej oleh seorang perempuan yang mengatakan saya menyamar menjadi Hizami. Malah, dia mengakui pernah keluar dengan Hizami sebenar. Cuba bayangkan, saya menggunakan nama dan gambar sendiri, tetapi ada orang kata saya menyamar. Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada pengikut-pengikut blog budak lelaki sebelah pintu, saya hanya mempunyai satu akaun Facebook dan jika mahu mengikuti perkembangan saya boleh mengikuti di laman muka buku itu boleh cari saya di alamat http://www.facebook.com/hizami.rahim
Lawati blog adik akak ni....http://www.budaklelaki.com/2011/03/budak-lelaki-sebelah-pintu-punca.html

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. tahu xpe...dia ni best...baik orgnye...

    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/02/tweet2-dengan-blogger-yang-femus.html

    BalasPadam
  2. Unik je jumpa nama yang lebih kurang sama =)

    BalasPadam
  3. wah, review yang menarik!
    lepas ni nak terjah blog dia!=)

    BalasPadam
  4. saye berkenan ngn dia nie.....baik sangat2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringin utk mengenalinya,namunapakah daya..jauh..cuma dialam siber je la yang mampu

      Padam
  5. Balasan
    1. banyak laman web yg boleh blajar untuk buat blog dik...just gugel jer

      Padam

jerit kat sini