Orang Mati Dapat Mendengarkah?

Orang Mati Dapat Mendengarkah?

Loading...

Ianya adalah jawapan dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, yang pernah disiarkan dalam akhbar Bacaria Edisi Rabu,bertarikh 16 Jun 2004.

Beliau merupakan seorang tokoh agama yang tidak asing lagi di Malaysia,juga seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).



Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan berpandukan zahir teksnya, tanpa merujuk kepada tafsir-tafsir yang muktabar akan menyebabkan tersasarnya maksud dan terselewengnya makna.

jika dirujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, istilah mati dalam ayat tersebut merujuk kepada matinya hati disebabkan kekufuran. jelas, ia bukannya mati fizikal tapi mati hati.



Yang dimaksudkan di dalam kubur itu hanyalah satu permisalan(perumpamaan) kepada orang -orang yang sudah mati hatinya.




Telah disebut dalam hadith Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang itu melalui kubur saudaranya yang Mukmin yang pernah dikenalinya di dunia, kemudian dia memberi salam kepadanya, melainkan saudaranya itu (yang telah mati) mengenalinya dan menjawab salamnya.” Ibnu Mubarak berkata: Hadith ini telah thabit daripada Nabi SAW dan telah disohihkan oleh Abdul Haq, pengarang Kitab al-Ahkam. (Majmu` Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24:331)

Sekalipun mayat boleh mendengar pertuturan orang yang hidup dan memahami maknanya, tetapi mereka tidak boleh menjawab seruan orang yang menyeru dan tidak boleh melaksanakan perkara yang disuruh dan yang dilarang.

sumber:http://www.yayasansofa.com/

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. seram jugak dgn artikel nie.Untuk menghilangkan rasa takut ..jom kita membaca alquran secara online di http://www.alquran.co.cc

    BalasPadam

jerit kat sini