Mengantuk Dalam Kelas?...Tidur Dulu...Hanya DiChina!

Di Cina tidur siang di dalam kelas malah sudah jadi budaya beberapa sekolah disana. Seperti sekolah  1 Goaxin di Cina bahagian barat, yang telah mewajibkan para pelajarnya untuk tetap tidur siang didalam kelas setiap hari sekolah. Dan kegiatan tidur siang ini termasuk dalam kegiatan sekolah. Bila ada pelajar yang tak mau tidur siang, maka para gurupun akan mendorong mereka masuk kedalam kelas dan memerintahkannya untuk tidur siang.

 Tidur siang memang sangat baik untuk kesehatan. Namun sayangnya pelajar di sekolah ini tidur siang hanya dengan beralaskan meja belajarnya masing-masing.  Ini kerana bangunan sekolah yang tidak memadai untuk membuat sebuah ruang khusus tempat istirahat para murid. Maka untuk membuat ruang kelas rapi dan bersih, maka posisi tidur para pelajar sudah diatur oleh para guru sebelum mereka terlelap dan bermimpi.



Tidur siang di dalam kelas merupakan alternatif bagi para pelajar untuk beristirahat. Selain kerana tidak adanya ruang istirahat disekolah, rumah para pelajar pun cukup jauh dari sekolah. Jadi bila para pelajar harus pulang kerumah hanya untuk istirahat.


Di sekolah dasar 1 Goaxin ini, tidur siang adalah sebuah konsep umum yang sudah dipraktikkan sejak lama. Kegiatan ini dinamakan Wu Jiao dan biasanya jam tidur berlangsung setelah selesai makan tengahari selama setengah jam. Kerana sudah menjadi kegiatan rutin, bantal dan selimut mini sudah menjadi bekalan wajib untuk sebahagian pelajar. Tak hanya di sekolah ini, budaya tidur siang juga telah di pratikkan di sekolah-sekolah Daratan Utama Cina dan juga sebahagian daerah Taiwan.


Ingat lagi tak tentang para guru Cina dalam melatih para calon Atlit, ternyata Cina juga cukup mementingkan kondisi fizikal dan kesihatan para siswa.
Hhhmmm..kalau kat Malaysia buat macam ni ok tak??

Ulasan

  1. @Hnahdy
    kalau kat sini mesti tidur tak ingat apa dah..ngan cikgu2 skali tidur..hahha

    BalasPadam
  2. memang best ni kalau kat sini pun boleh tidur siang...tak payah susun buku tinggi tinggi atas meja dah..haha

    BalasPadam
  3. ahaks..kelakar, china nie mcm2 betul

    BalasPadam
  4. Tak de yg jatuh tergolek atas lantai ke?

    BalasPadam
  5. kan bagus kalau di malaysia buat macam ni..
    kesian budak2 keletihan belajar dari pagi sampai petang..
    kalau dilatih tidur tengah hari, dapat juga relaxkan otak mereka..=)

    BalasPadam
  6. @Norhaizan hakim
    diorang dah terbiasa tidur atas meja tu,tu yg tak jatuh...ekekek

    BalasPadam
  7. @Herma Julianny
    betul3..haha...cikgu pun banyak le rilek nya

    BalasPadam
  8. @Mrs Lurve
    banyak yang kejam,banyak juga yang lucunya..itulah China

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!