Header Ads

Kate & William..Sedap Tak Teh Tarik??

loading...
Masih lagi dalam mood pasangan diraja ni...rasanya inilah berita terhangat buat 2,3 hari ni kot....
Disana sini asyik berita diorang je...
minum teh tarik pun boleh jadi tajuk berita...hhmm..sepatutnya bawak pasangan ni masuk warung pekena roti canai sekali...baru la ada uummpphh
hai..beruntungnya jadi kerabat diraja...walhal kita ni hari2 duk pekena teh tarik kat warung..
Tak de la kecoh mana pun...
kan??
Er..namun yang paling glemer tu..tukang tarik teh tu....kelas youu....

Pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine petang ini merasai teh tarik, minuman popular rakyat negara ini dalam satu jamuan teh di sini, sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari di ibu negara.

Putera William dan Catherine melihat demonstrasi teh tarik ketika majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, hari ini. - Foto Bernama

William yang segak mengenakan sut hitam, manakala Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna biru kelabu sentiasa mengukir senyuman sebaik tiba di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Britain, di Langgak Golf di sini pada 2.30 petang, dengan kira-kira 150 orang tetamu sedia menunggu kemunculan pasangan diraja itu.

Sejurus tiba pasangan diraja itu meluangkan masa lima minit menemui Ashikin Mastura Amiruddin, 15, dan Mohamad Umar Haikal, 15, pemenang 'The Ultimate Royal-Tea Competition', iaitu pertandingan foto anjuran suruhanjaya itu sempena lawatan pasangan tersebut, ke negara ini.

Duke dan Duchess of Cambridge kemudian bersalam dan berbual mesra dengan beberapa personaliti tanah air termasuk pelakon Datuk Michelle Yeoh, pereka kasut Datuk Jimmy Choo, penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 Pandelela Rinong Pmag dan pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi.


Putera William (dua, kanan) dan Catherine (kanan) menikmati hidangan minuman teh pada majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British. - Foto Bernama
Pasangan Diraja itu kemudiannya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan dua hari ke Sabah, sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon, pada Ahad.


 Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika ditemui berkata pasangan diraja itu bukan sahaja murah senyuman, malahan peramah dan mudah mesra.

"Mereka (William dan Catherine) datang kepada kita bukan setakat bersalam, tapi bersembang dan cukup mesra," katanya.

Pandelela pula berkata sambil mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik London bulan lalu, Catherine turut memberitahu bahawa beliau pandai dan gemar berenang.

"Tapi dia (Catherine) kata dia takut untuk terjun dan dia nak ajak saya bila nak terjun nanti," kata Pandelela.

 Turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan diraja itu ialah Chong Wei yang berkata Catherine mengakui bahawa sukan badminton merupakan antara sukan yang mencabar dan mempunyai ramai peminat.

Ditanya apa yang dibualkan, Chong Wei berkata "dia tanya saya bagaimana London, saya jawab ok". - Bernama


Loading...

7 ulasan:

  1. tingginya princess ni..

    hehehe.

    simple je jawapan chong wei.

    BalasPadam
  2. itu belum terai gulai tempoyak ikan patin lagi.. kalau dah kene, konfem taknak balik UK.. haha

    BalasPadam
  3. @Syazwan Che Deraman
    haha..mmg betul..tinggi giler..kesian kat orng Malaysia ni..sakit leher nak kena dongak je bila talk talk ngan diorang...

    BalasPadam
  4. @MéuzAngelo™ XXIII
    haaaa...pastu kena pulak cecah ngan sambal belacan ke,budu ke...mahu seminggu pasangan ni duk cium2 je tangan diorang...wakakaka

    BalasPadam
  5. @Syazwan Che Deraman
    pasal jawapan chong wei tu..tu kira jawapan selamat tu..kalo banyak cakap..haru biru lak nak jawab..kalau setakat B.I hanya suam-suam kuku jer...hihi

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.