Bukan Salah Gadis Ini Kerana Miskin

Bukan Salah Gadis Ini Kerana Miskin

Loading...
Jiang Manqi - yang mengalami epilepsi menemani datuknya yang berusia 60 tahun setiap hari di Fuzhou, Fujian, di mana beliau bekerja mengutip sampah untuk kitar semula.
Ditinggalkan oleh ibu bapanya, dinafikan untuk ke sekolah serta terlalu miskin untuk untuk menerima rawatan, ini adalah satu-satunya pilihan yang Manqi ada.


BEIJING: Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.

Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.


JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.


                              Tidur sementara menunggu datuknya menghabiskan kerja

“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.

“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.


TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.
Dan datuknya adalah satu-satunya keluarga Jiang Manqi

“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.

Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang. - DM

Sumber:Harian Metro


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kesianlah...
    bukankah China ni salah satu daripada kuasa besar..
    tapi kenapa pula rakyatnya menderita..?

    BalasPadam
  2. @Herma Julianny
    itulah negara komunis agaknya,rakyat jadi mangsa

    BalasPadam
  3. kesian kepada mereka..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/09/kita-hamba.html

    BalasPadam

jerit kat sini