VIDEO NGERI: Kisah Malang Anggota Unit Pemusnah Bom Polis Thailand…

VIDEO NGERI: Kisah Malang Anggota Unit Pemusnah Bom Polis Thailand…

Loading...
Unit Pemusnah Bom (UPB) adalah unit khas yang mempunyai kepakaran dalam operasi ‘mencari’ serta ‘menyelamatkan’ bom yang diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di bangunan awam dan sebagainya.

Setiap pasukan polis di mana-mana negara di dunia ini PASTI mempunyai skuad yang semacam ini.

Tugas pertama dalam operasi UPB ialah mencari untuk mengenal pasti kedudukan dan jenis bom.

Selepas itu, bom tadi akan ‘dimatikan’ dan dibawa ke tempat yang lebih selamat untuk dimusnahkan.

Yang pasti, tanyalah mana-mana skuad UPB, seboleh-bolehnya misi mereka adalah menyelamatkan bom daripada meletup bagi mengelakkan kerosakan harta benda selain kecederaan yang mungkin berlaku.

Oleh itu, setiap anggota UPB adalah mereka yang telah dilatih dengan kepakaran yang tinggi mengenai pelbagai jenis bom, sama ada bom yang digunakan oleh pasukan keselamatan ataupun bom buatan sendiri.

Tetapi nama pun bom, bom bukan mengenal siapa mangsanya….inilah yang terjadi di Thailand tidak lama dulu.

Walaupun secara fizikal, bom dalam kejadian ini hanyalah kecil dan diletakkan di sebuah motor kapchai, namun kesannya cukup menggerunkan.

Anda lihatlah sendiri….
http://mynewshub.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan