Suami Syaleza Bunuh Syaleza?

Suami didakwa bunuh eksektutif TV9

ksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.

PETALING JAYA – Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.



Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.


Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.


Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

Ulasan

  1. yang jadi mangsa anak die la... mak dah xder... bapak pon kena tangkap.. ermmm... kejam...kejamm... dunia, dunia....

    BalasPadam
  2. bukan nak bersangka buruk..
    tp kalau kemarahan dah menguasai diri,
    apa2 boleh berlaku..
    tp entah knp,
    sy bnr2 mengharapkan bukan suaminya yang bunuh...
    kesian anaknya....

    BalasPadam
  3. tak tahulah setan mana yang merasuk..sanggup membunuh...pastinya suspek sekarang dalam keadaan menyesal yang amat..

    BalasPadam
  4. kesiannya...tak sangkah...mungkinbetul suaminya yg bunuh.mgkinkah suaminy ada kekasih dluar?aduhai...jawatan dah cntek.anak dah lawa.knpla mcmni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!