Loading...
LONDON: Bintang pop remaja, Justin Bieber mencetuskan kontroversi dengan berkata Putera William perlu mengambil Propecia untuk mengelak daripada terus botak.
Kini, seorang pakar pemindahan rambut terkenal begitu yakin William akan botak sama sekali di bahagian atas kepalanya apabila dia berusia 40 tahun. Doktor Asim Shahmalak berkata, Propecia boleh mengentikan keguguran rambut bakal pewaris takta Britain itu tetapi ia tidak dapat mengganti rambut yang sudah gugur.
Shahmalak yang menguruskan Crown Clinic di Manchester berkata: “William perlu mengambil Propecia sepanjang hidupnya dan ia tidak akan membantu rambut baru tumbuh.
“Kira-kira dua peratus pesakit yang memakan Propecia mengalami kesan sampingan seperti penurunan nafsu seks.” Beliau yang menjalankan pemindahan rambut terhadap Dr Christian Jessen dari siri Embarrassing Bodies terbitan Channel 4 berkata, William, 30, akan botak licin di atas kepala menjelang usianya 40 tahun jika tidak bertindak.
“William mengalami keguguran rambut sejak berusia 25 tahun. Keadaannya lebih teruk berbanding bapanya, Charles. Dan datuknya, Philip juga botak.
“Ia gen keluarga yang kuat. Ada kemungkinan besar, anak lelaki yang akan diperolehnya bersama Kate juga akan mewarisi gen botak itu, meskipun ia juga bergantung kepada gen rambut sebelah keluarga Kate.
“William mempunyai rambut coklat terang yang halus. Untuk mengembalikan rambut di atas kepalanya kepada peringkat yang agak lebat, beliau memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 hingga 4,000 akar rambut yang diambil di belakang kepala dan dialihkan ke atas kepala,” kata Shahmalak. - DM
p/s kalau tak pun rasanya William harus jumpa

- www.yunnamhaircare.com/
0 Ulasan
jerit kat sini