Header Ads

Puja korban anak: Dengar tangisan seminggu lalu

loading...
BUKIT MERTAJAM - Jiran kepada keluarga kanak-kanak yang dipercayai maut gara-gara ditindih lapan orang dewasa itu terdengar tangisan sejak Rabu minggu lalu lagi.

Jirannya yang mahu dikenali Diana Lee, 30, berkata, mereka terdengar suara tangisan dengan nada tinggi seawal jam 7.30 pagi pada Rabu lalu.

Namun, dia tidak pasti apa yang berlaku dalam rumah jirannya itu.

Bagaimanapun suara berkenaan hilang sehari kemudiannya.

“Pada Khamis, suara tersebut tidak kedengaran, tetapi selang beberapa hari ia lebih kuat didengar pada hari kejadian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam kejadian di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam itu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dipercayai ditindih lapan orang dewasa termasuk pembantu rumahnya warganegara Indonesia yang melakukan aktiviti pemujaan.

Sementara itu ibu mertua Diana, yang dikenali sebagai Lim, 75, berkata, kanak-kanak perempuan yang mati ditindih itu jarang dilihat keluar dari rumah, kecuali seketika dan bersama ibu atau bapanya.

Dia juga tidak mengetahui adanya pemujaan itu sehinggalah pihak polis membuat serbuan ke kediaman tersebut. Namun mengakui kerap kedengaran tangisan yang kuat.

Manakala Goh Gooi Poh, 70, yang tinggal bertentangan dengan rumah suspek turut berkata, dia ada mendengar bunyi jeritan yang kuat dari rumah tersebut, namun tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku.

"Pagi Sabtu lalu saya ada memanggil ahli keluarga suspek, namun pintu rumah tersebut ditutup rapat.

"Saya tidak menyangka berlakunya sebarang kegiatan tidak betul, sebaliknya hanya mengetahui adanya kegiatan pemujaan apabila rumah mereka diserbu baru-baru ini," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, ahli keluarga kanak-kanak perempuan yang mati ditindih berusia antara 16 hingga 67 tahun ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.