Header Ads

Nak Elak Sesak Depan Mydin Terengganu?Ikut Jalan Ni!

loading...
KUALA TERENGGANU- Polis Terengganu membuat beberapa jalan alternatif dan lencongan di beberapa lokasi di negeri ini, bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena musim perayaan kali ini.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Ismail Man berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku di lokasi tersebut sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya, di Kuala Terengganu, pengguna jalan raya dari arah Bukit Besar dan Padang Hiliran yang menggunakan laluan Jalan Sultan Mizan (Jambatan Sultan Mahmud, berhampiran pasar raya Mydin Mall) diingatkan agar menggunakan lencongan ke Pulau Duyong untuk ke pusat bandar.

“Kami mengambil inisiatif menjadikan persimpangan lampu isyarat di Perpustakaan Awam Negeri selari iaitu hanya dibuka bagi kenderaan dari arah Bukit Besar dan jambatan sahaja.

“Selain itu, bagi kenderaan dari arah Bukit Besar dan Padang Hiliran yang hendak ke pusat bandar, perlu menggunakan laluan lencongan ke Pulau Duyong sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, kata Ismail, sekiranya aliran trafik di lokasi berkenaan masih boleh dikawal, laluan akan dibuka seperti biasa.

“Ini merupakan persediaan kita bagi memastikan tidak berlaku kesesakan melampau di lokasi tersebut kerana melalui pengalaman yang lepas, punca pertembungan laluan dari Simpang Tok Ku dengan laluan dari Gong Kapas menghala lampu isyarat perpustakaan
(sebelum naik jambatan) adalah kerana halangan kenderaan yang parkir bersebelahan pasar raya Mydin Mall,” katanya.

Di Kemaman pula, bagi pengguna Jalan Kuala Terengganu / Kuantan di Jambatan Bukit Kuang pula, turut diingatkan agar menggunakan laluan alternatif Chukai- Kampung Ibok- Pondok Limau- Kijal atau Kemasik (ikut papan tanda) bagi mengelakkan kesesakan
memandangkan kini kerja-kerja pembinaan jalan/ jambatan sedang dijalankan di situ.

Bagi Besut pula, pengguna di Pekan Jertih diingatkan menggunakan lencongan melalui bawah jambatan Jertih memandangkan kesesakan mungkin akan berlaku di jambatan Jertih kerana kebiasaannya laluan dua lorong dijadikan selorong oleh pemandu.

“Jadi bagi mengelakkan kesesakan melampau, kita mengambil inisiatif menjadikan persimpangan Pekan Jertih laluan selari dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan,” katanya.

Ismail turut mengingatkan pengguna dari Kuala Terengganu yang ingin pulang beraya di Kelantan agar menggunakan laluan alternatif melalui Kampung Raja-Kampung Lampu@ Kuala Besut-Pasir Putih.

Manakala bagi pengguna dari Kota Bharu, Kelantan yang ingin ke Kuala Terengganu pula, disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Kuala Besut- Tembila- Saujana-Penarik-Batu Rakit- Kuala Terengganu.

p/s...akak tak balik Terengganu tahun ni....sedeyy
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.