Loading...
TEMERLOH: “Saya sungguh tidak sangka apabila anak mengatakan dia dipatuk ular itu kerana saya sangka dia bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular,” kata Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4.
Seri Junaida berkata, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah manakala Ahmad Danny bermain seorang diri di luar rumah mereka di Felda Jengka 3, Maran pada jam lebih kurang 11 pagi, Isnin lalu. Katanya, selepas itu Ahmad Danny masuk ke dalam rumah dan memberitahu dia dipatuk ular di kaki namun saya tidak mengendahkannya kerana dia bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa sakit.
“Namun, saya mengesyaki sesuatu apabila Abang Chik (Ahmad Danny) muntah-muntah dan wajahnya pucat serta tidak bermaya beberapa minit selepas itu.
“Saya terus memeriksa kakinya dan mendapati terdapat dua kesan gigitan ular di jari tengah kaki kirinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, kelmarin.
Menurutnya, selepas itu dia meminta dua anaknya yang lain mencari ular terbabit dan mereka menemui seekor ular dipercayai anak tedung selar sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang berlingkar di bawah pokok.
Selepas itu, Seri Junaida menghubungi suaminya Zainor Hisham Ahmad , 34, yang bertugas sebagai pembantu perkhidmatan pembersihan di Hospital Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, sebelum Ahmad Danny dikejarkan ke hospital terbabit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas pada Isnin lalu.
“Keadaan Abang Chik sudah agak stabil dan kini kembali ceria walaupun bengkak pada kakinya belum berkurangan.
“Lebam kehitaman pada kaki sudah hilang namun doktor masih mahu memantau keadaannya kerana kakinya terpaksa dibedah jika ada nanah pada bahagian itu,” katanya.
KES 2
Bayi kena patuk ular tedung lumpuh kekal
MOHD ASRI kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Kangar.
Mohd Asri turut mengalami kegagalan fungsi saraf
KANGAR: Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang terlantar sejak lebih tiga bulan lalu selepas kepalanya dipatuk ular tedung ketika bermain di rumah neneknya di Kampung Bukit Merah, dekat Beseri, di sini disahkan mengalami lumpuh kekal. Mohd Asri Mohd Indrasuadi, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.
Keadaan itu menyebabkan Mohd Asri sebelum ini koma selama 45 hari, mengalami kekejangan otot kekal, hanya mampu terbaring dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan ibunya, Noor Amali Ahmad, 27.
Noor Amali ketika ditemui, berkata anaknya itu bukan saja tidak boleh bergerak, malah dia juga tidak mampu menelan makanan dan hanya meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui hidung terus ke ususnya.
"Ibu mana yang tidak sedih melihatkan anak yang sihat dan baru saja boleh bertatih kini terlantar menderita. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya ikhtiarkan untuk membantu Mohd Asri. Paling saya khuatir, dia akan terus terlantar begitu selama-lamanya, sedangkan usianya baru saja bermula,” katanya sebak.
Menceritakan kejadian malang itu, Noor Amali berkata, ketika itu Mohd Asri yang baru pandai berjalan sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di rumah neneknya, sebelum terdengar dia menangis.
Selepas diperiksa, katanya, kepala Mohd Asri didapati berdarah dan selepas tidak berhenti menangis, dia kemudian terus meminta bantuan jiran untuk membawa bayi itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
“Selepas menjalankan pemeriksaan, pihak hospital mengesahkan Mohd Asri dipatuk ular. Berikutan kejadian itu, Mohd Asri terlantar koma selama 45 hari, sebelum kembali sedar dan dibenarkan pulang ke rumah dua minggu lalu,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Mansor Jusoh, semalam.

0 Ulasan
jerit kat sini