Header Ads

Kesiannya Dia,Hajat Untuk Mati Tak Tercapai

loading...
REAKSI Nicklinson selepas hakim menafikan haknya untuk memilih cara mati dan (gambar kecil) keadaannya sebelum diserang penyakit pada 2005.
LONDON: Seminggu selepas gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menamatkan riwayatnya sendiri, Tony Nicklinson disahkan meninggal dunia di rumahnya, semalam.

Menghidap kelumpuhan menyeluruh - dikenali sebagai sindrom locked-in - Nicklinson mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Januari lalu untuk mendapat pengisytiharan supaya mana-mana doktor yang menamatkan hidupnya tidak didakwa kerana membunuh.

Minggu lalu, mahkamah menolak permohonan itu.

Bagi Nicklinson, 58, keputusan itu menyebabkan dia “terlalu kecewa.”

Hanya beberapa jam sebelum kematiannya diumumkan peguam, Nicklinson mengirim pos terakhir di Twitter menggunakan akaunnya, menyatakan: “Selamat tinggal dunia, masanya kini tiba. Saya agak seronok.”


Nicklinson bertugas sebagai pengurus korporat dan aktif bermain ragbi sebelum mengalami serangan jantung pada 2005 menyebabkan dia lumpuh dari parah leher ke bawah.

Dia memerlukan penjagaan berterusan, manakala hampir semua komunikasinya hanya berlaku melalui kerdipan mata, tetapi mindanya tidak terjejas ekoran masalah itu.

Nicklinson berpendapat, undang-undang Britain melanggar haknya untuk mendapat “kehidupan sendiri dan keluarga” seperti dijamin Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

Bagi Nicklinson, hak memilih bagaimana cara untuk mati adalah autonomi peribadi.

Sebelum ini, dia menggambarkan hidupnya selepas lumpuh sebagai “mimpi ngeri yang nyata.”

Anak perempuan Nicklinson berkata, dia mati “dengan aman akibat sebab semula jadi.”

Sejurus kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan, Nicklinson meninggal dunia akibat pneumonia.

Polis pula berkata, mereka tidak akan menjalankan siasatan terhadap kematian Nicklinson.

Sebelum ini, Nicklinson berkata, jika diberikan hak untuk mati, dia tidak mahu ditamatkan riwayatnya serta-merta, sebaliknya mahu tahu pilihan yang ada. - AP
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.