Bila Kerdil Berjumpa Kerdil...So Cute

2 manusia paling kerdil bertemu

CHANDRA bersama Jyoti mempamerkan edisi terbaru Buku Rekod Guinness yang turut memuatkan nama mereka.


LONDON: Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka, lapor media semalam.

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.


Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran buku berkenaan.

Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing. Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung. Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.


KEUNIKAN Chandra dan Jyoti jelas dapat dilihat ketika mereka digandingkan dengan lelaki normal.

Jyoti - berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu.


Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter.

Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.

 Dia dijadual melawat Britain bagi membantu pelancaran buku Rekod Dunia Guinness, bulan depan. Kata Jyoti, dia tidak sabar membuat kunjungan ke Britain. “Saya suka mengembara dan sejak mendapat pengiktirafan Guinness, saya berpeluang melawat banyak negara luar seperti Jepun dan Eropah,” katanya. Sementara itu, Chandra amat teruja apabila namanya tercatat dalam buku rekod dunia kali ini. “Ia jadi kebanggaan kepada saya, keluarga, kampung dan negara,” katanya. 

Dia dibesarkan di Kampung Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu. Chandra meninggalkan kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.

Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. - DM

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!