Loading...
Selama hampir enam tahun seorang lelaki dari China, Zeng Lingjun dan keluarganya tinggal di sebuah tandas di bandar Shenyang, Provinsi Liaoning
. Melalui kisah ini diharapkan boleh menjadi inpirasi bagi anda untuk menjalani hidup di mana-mana anda berada. Kisah Zeng bermula pada tahun 1999 sejak dirinya masih berumur 20 tahun dan masuk dalam sekolah penerbangan di wilayah Heilongjiang.
Namun keluarganya tidak boleh membayar sebanyak 5000 yuan sebagai bayaran masuk sekolah untuk awal tahun baru. Hal tersebut membuat dirinya untuk memutuskan pergi ke Shenyang dengan bermodalkan 50 yuan untuk mencari pekerjaan.
Pada tahun 2006 akhirnya ia berkahwin dan mencari rumah bagi keluarga kecilnya. Kerana sulitnya mencari tempat tinggal di kota metropolitan dengan harga yang tinggi, seorang temannya menyarankan bahawa sebuah hotel mempunyai toilet lelaki yang sudah tidak pernah digunakan dan mungkin saja pemilik hotel mengizinkan Zeng untuk tinggal di sana dengan membayar sewa.
Setelah bersetuju sewa dengan pemilik hotel, keluarga kecil zeng pindah ke rumah barunya yang berupa sebuah tandas dengan luas 20 meter persegi.
Di rumah tersebut selain bersama isterinya, Zeng kini telah dikurniakan seorang anak laki-laki yang diberi nama Zeng Dei, yang mempunyai erti "beruntung" dan diharapkan ia boleh memberikan keuntungan kepada keluarganya.
0 Ulasan
jerit kat sini