Loading...
HARRY (kiri) melompat menaiki beca sehingga mengejutkan rakan dan pengawal peribadinya sejurus selepas selesai makan malam di sebuah restoran Mexico di London, semalam.
LONDON: Walaupun neneknya sering menggunakan kenderaan mewah jika mahu ke mana-mana, Putera Harry pula memilih pengangkutan yang lebih sederhana ketika bersiar-siar di London, malam semalam.
Putera yang gemar berpesta itu memang dikenali sering merendah diri dan selalu menggunakan teksi jika keluar bersama rakannya.
Terbaru, Harry yang baru saja selesai makan malam di sebuah restoran Mexico di Soho bersama rakannya, memilih beca untuk pulang.
Tindakan secara tiba-tiba itu turut mengejutkan pengawal peribadinya.
Seorang daripada pengawal terbabit menurutinya dalam beca berkenaan, manakala pengawal kedua mengikutnya dengan beca lain.
Saksi berkata, sebaik keluar dari restoran, Harry menaiki beca di depan premis berkenaan dan mengejutkan pengayuhnya.
“Namun, mereka semua kelihatan gembira,” katanya.
Selepas makan malam di restoran Mexico itu, kata saksi, Harry bersama dua rakannya, Jack Mann dan Arthur Landon berpesta pula di Le Salon Bar.
“Harry memakai baju putih hitam dan seluar jeans.
“Dia kelihatan melambai-lambai dan menjerit dari becanya,” katanya.
Teman dan pengawal Harry juga memastikan anak Putera Charles itu terlindung daripada hujan ketika itu.
Mereka dilihat menarik turun penghadang plastik untuk mengelak tempias sebelum tiba di pusat hiburan yang terletak tidak jauh dari restoran berkenaan.
Ketika perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Elizabeth baru-baru ini, Harry menggunakan kenderaan diraja bersama keluarganya.
Minggu lalu, dia menyertai abangnya, Putera William dan sekumpulan rakan mereka meluncur di Cornwall.
Mengenakan sut mandi hitam putih, pasangan adik-beradik itu bersantai bersama rakan mereka ketika angin bertiup kencang.
Saksi berkata, walaupun Harry dan William bersungguh-sungguh bermain ombak, mereka kelihatan benar-benar gagal menguasai permainan itu. - DM
0 Ulasan
jerit kat sini